Monday, January 23, 2017

DAY 19 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Gambar Tulisan Jawi

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat malam semua. Macam biasalah bila hari kerja memang lambatlah bersiaran. Entri pagi tadi, aku siap tulis semalam. Manakala entri tengaharit tadi aku tulis waktu rehat. Masih lagi bersemangat meneruskan 31 Days Challenge By JDT Blogger. Hari ini sudah masuk hari kesembilan belas. Belum lagi tertinggal entri.

Pada blogger yang tinggal komen dan aku tak tinggal komen, minta maaf sangat-sangat. Aku cuba untuk blogwalking semuanya dan tinggalkan komen, Kekangan masa membataskan aku melakukan sedemikian. Maaf sangat-sangat.

Malam ini entri ringkas sahaja sebab aku ada kerja lain yang perlu didahulukan. Task hari ini mahukan gambar tulisan jawi.

Inilah tulisan jawi yang aku tulis siang tadi. Aku reti tulis nama aku sendiri saja. Hehe. Itu pun dah berapa lama juga tak menulis dalam jawi. Kertas ini adalah kertas kedua. Yang pertama nampak buruk bebenor. Itu sahaja entri ringkas untuk malam ini. Bersambung lagi di lain entri. Sekian dan wassalam.

#jdtblogger  
#31dayschallengebyjdtblogger

Salam pena,
Fyda Adim


2 comments:

Hernee Nazir said...

ok dah tu..lepas la eja nama sendiri pun dah cukup bagus hehe

Cik Ila Menari said...

Cantik juga tulisannya :)