Monday, January 16, 2017

DAY 12 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Pengalaman Seram

Assalamualaikum...

Hai.

Selamat malam semua. Meneruskan lagi misi menyahut cabaran oleh JDT Blogger. Sudah memasuki hari yang kedua belas. Gigih tak gigih saja. Oleh kerana kebatasan waktu, aku hanya mampu menyiapkan entri dan adakalanya tidak berkesempatan untuk meninggalkan jejak di blog kawan-kawan. Hanya mampu blogwalking sahaja. Jangan kecil hati ye.

Baiklah, untuk entri hari ini mengisahkan pengalaman seram. Pengalaman seram yang aku baru sahaja lalui adalah sewaktu bercuti ke Langkawi bulan Disember lepas. Banyak-banyak tempat yang aku pergi, tempat yang menyeramkan aku adalah menaiki cablecar. Macam-macam perasaan yang muncul waktu itu. Bohonglah kalau aku cakap aku tak fikir yang bukan-bukan.

Aku terpaksa naik juga cablecar atas paksaan sang suami memandangkan kali pertama aku ke Langkawi, aku tak ikut naik. Takut satu perkara. Mengandung perkara kedua dan alasan kuat untuk aku elakkan diri waktu itu. Hehe. Tapi kali ini aku tidak ada alasan kukuh dan aku terpaksa naik cablecar juga.

Itulah gelagat aku yang husband sempat rakam. Aku statik aje duduk dalam cablecar ini. Memang kejung tak menoleh kiri kanan. Anak-anak bergoyang pun aku marah. Dah macam-macam doa yang aku baca sewaktu naik dan turunnya cablecar ini. Dalam hati asyik terdetik bilalah nak sampai. Memang gerun aje bila mengerling ke bawah. Kemudian terpandang talinya yang alahai. Kuat ke?Memang seram gila!

Itu sahaja entri seram aku. Korang seram ke tidak? Bersambung lagilah entri esok pula ye. Sekian dan wassalam.

#jdtblogger  
#31dayschallengebyjdtblogger 

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: