Monday, January 16, 2017

Menghadiri Bengkel Penulisan Cerpen & Puisi

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat petang. Sudah makan tengahari? Aku sudah makan bekalan yang dibawa dari rumah. Sementara ada kerajinan nak masak baiklah aku masak. Bila datang malasnya satu apa pun takkan jadi. Ingatkan lepas makan mahu melelapkan mata sebarang dua tetapi terasa tak mengantuk pula. Selalu begitu kan. Bila masa tidur tidak mahu pula lelapnya.

Baiklah, aku nak kongsikan pengalaman aku menghadiri Bengkel Penulisan Cerpen & Puisi di Rumah Pena Kuala Lumpur sabtu lepas. Baik aku tulis entri ini sebelum auranya menghilang. Aku setuju untuk daftar bengkel ini bila mendapat keizinan daripada husband. Kawan blog aku, As Samsudin hantar whatsapp berkenaan bengkel ini. Dia tanya samada aku nak pergi atau tidak.

Jadi jumaat malam kami empat beranak bertolak ke Kuala Lumpur. Last minute plan. Sebenarnya husband nak bertolak sabtu pagi tapi bila kenangkan nanti kelam-kabut, baiklah bertolak malam. Senangkan. Aku pun boleh aje berjanji dengan kawan aku nanti untuk pergi sama-sama. Tiba di Kuala Lumpur tengahmalam dan terus check ini hotel berdekatan KL Sentral.

 Pagi sabtu, aku janji dengan As untuk berjumpa di lobi. Hotel kami berlainan tapi berdekatan. Bila berjumpa terus sahaja kami mengatur langkah menuju ke stesen monorel. Itu pun berposak mencari mana stesennya. Husband dan anak-anak masih lagi di hotel. Tengahari baru mereka check out.

 Selamat berada dalam monorel menuju ke Hang Tuah.

Barulah mampu tersenyum. Hehehe.

Permandangan dari dalam monorel. Kami turun di Stesen Hang Tuah kemudian ambil teksi untuk ke Rumah Pena.

 Inilah Rumah Pena. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini.


Sebelum masuk haruslah bergambar terlebih dahulu.

 Sewaktu di dalam dewan. Aku sudah mengambil tempat di bahagian tengah dewan.

Kami duduk berdua. Aku memang tak pernah jumpa dengan yang lain. Macam As dia adalah kenal juga dengan editor dan urusetia,

Fail yang aku dapat hari itu.

Ceramah dimulakan.

 Ceramah pertama oleh penulis SM Zakir berkenaan penulisan cerpen. Sangat menarik ceramahnya. Aku cuba menghadamkan satu-persatu apa yang disampaikan oleh beliau. Memang tidak membosankan.

Fokus sekali.

Suasana di dalam dewan.

Buku-buku yang dijual ketika itu.

 Ada juga makanan yang dijual.

 Tiba makan tengahari.

Waktu makanlah dapat berkenal-kenalan dengan yang lain.

Ini pula gambar dari handphone editor, Puan Liana Omar.

 Sebelum masuk sesi petang, bergambar dulu.

 Di bahagian luar Rumah Pena.

Ini pintu masuknya.

Gambar-gambar yang tersusun.

Sesi petang bersambung dengan penulisan puis pula oleh Zaen Kasturi.

Aku sediakan gula-gula kopi. Maklumlah sudah makan nasi takut mata makin memberat menjelang ke petang.

Di akhirnya, kata-kata daripada pengasas Chermin Books.

 Inilah orangnya, Puan Nor Liana Omar.

Penyampaian sijil oleh Encik Zaen Kasturi kepada semua peserta bengkel.

Sijil yang aku perolehi.

Beberapa buah buku yang aku beli. Buku "Sepi Itu Mati" dapat percuma daripada penulisnya. Beliau beri seorang satu.

Sebelum pulang kami sempat merakamkan gambar beramai-ramai. Kemudian aku dan As tumpang seorang kawan bengkel ke KL Sentral. Husband dan anak-anak tunggu aku di sana. Manakala As pula menaiki ETS untuk ke Cyberjaya.

Sewaktu di NU Sentral. Berposak juga berpusing-pusing dalam KL Sentral nak mencari replika ini. Husband beritahu ada ayam besar.

Akhirnya ketemu juga budak berdua ini setelah beberapa jam ditinggalkan. Macam-macam dialog dan drama daripada anak-anak aku.

"Ma, Ammar tak boleh kalau mama tak ada." Kata si adik.

"Ma, Nana kan tak pernah berpisah jauh dengan mama." sambung si kakak pula. Geli hati.

Inilah tulang belakang, tulang rusuk dan tulang pinggul aku. Terima kasih kerana menemankan aku sepanjang aku menghadiri bengkel tersebut. Pengalaman yang meneyeronokkan. Dapat menambah ilmu dan dapat menambah kenalan. Itu sahaja perkongsian menarik yang aku lalui. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: