Saturday, January 21, 2017

DAY 17 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Kenangan Pahit

Assalamualaikum...

Hai.

Selamat tengahmalam. Hari ini lambat bersiaran. Maklumlah bila hujung minggu, lagi sibuk daripada hari kerja. Siang tadi sudah ke jemputan orang kawin. Rumah kawan mak. Tiga hari lepas mak sudah whatspapp minta di bawa ke rumah kawannya. Usai pulang dari rumah kenduri, kami ke Family Store pula untuk membeli barang-barang dapur. Kemudian ke Aeon pula untuk meraikan ulangtahun kelahiran anak dara aku.

Untuk hari ini, task daripada JDT Blogger adalah mengenai kenangan pahit. Kenangan pahit pada aku adalah beberapa peristiwa pahit. Yang sangat pahit dan yang sedang-sedang pahitnya. Haha. Ada kategorinya pula.

Untuk kenangan pahit ini, aku ingin menceritakan bila mana ayah aku jatuh sakit. Sakit yang terus mengubah rutinnya. Tahun 2014, selepas terjadinya perkara yang menjatuhkan aku, ada khabar sedih lagi yang menambah keresahan dan kepiluan jiwa. Buah pinggang ayah disahkan sudah rosak. Pada mulanya tahun 2013 memang ayah sudah tahu tapi masih belum kritikal. Ayah tak nak buat tapak. Bila makin ditangguh, makin teruklah keadaannya.

Seminggu sebelum ayah nak kena, dia mabuk. Aku suspek darah tinggi saja. Kemudian aku terus bawa ayah setelah melihat keadaanya semakin teruk dan lemah. Tiba di kecemasan, ayah terus sahaja diperiksan. Kemudian masuk wad. Setelah diperiksa oleh doktor dengan bermacam ujian,doktor sarankan supaya ayah buat tapak untuk jalankan hemodialisis.

Pada mulanya ayah tak mahu juga. Doktor sudah maklumkan kalau ayah tak buat banyak kemungkinan akan berlaku. Setelah dipujuk, akhirnya ayah akur. Beberapa malam aku menangis. Kemudian ayah tebuk di lehernya, tapi sewaktu itu tidak berjaya. Jadi doktor buat di celah kelengkang. Ngeri. Yang paling menyedihkan bila ayah cerita kesakitan sewaktu mahu melakukan prisedur di lehernya. Setiap malam aku berdoa agar Allah hilangkan rasa sakitnya itu. Bila mana kali kedua ayah mahu buat di lengan dan dia kata sewaktu melakukannya tidak rasa apa sewaktu pertama kalinya. Allahu. Aku bersyukur kerana dia tak rasa sakit.

Kini sudah dua tahun lebih ayah menjalani hemodialisis. Tiga kali seminggu. Banyak pantang larangnya. Mula-mula memang lihat ayah seolah tidak terdaya. Alhamdulillah sekarang dia bolehlah uruskan dirinya sendiri. Adakalanya aku sedih melihat keadaannya begitu. Namun itu semuanya sudah tertulis.

Apa-apa pun aku rindu saat ayah sihat. Sewaktu sihat tubuh badannya, dia rajin melayan karenah aku. Suka buatkan aku teh susu. Rajin keluar belikan makanan. Sekarang ayah tak boleh nak jalan jauh-jauh sangat sendiri. Selalu kalau dia keluar sendiri hanya dekat-dekat saja. Sekian sahaja entri kenangan pahit aku. Tak nak tulis panjang lebar. Sebak rasanya.

Sekian dan wassalam.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: