Pages

Wednesday, January 11, 2017

Travelog : Pulau Langkawi - Setibanya Di Pulau Langkawi

Assalamualaikum.

Hai semua.

Selamat petang semua. Mari sambung kisah percutian aku sekeluarga ke Pulau Langkawi. Entri ini kesinambungan daripada entri INI. Kisah percutian aku ke Pulau Langkawi terpaksa dibahagikan beberapa entri sebab gambarnya terlampau banyak. Jadi untuk mengelakkan aku pening untuk bercerita dan untuk mengelakkan orang yang membaca pun turut rasa pening. Kahhh. Pening juga ayat aku ini.

Baiklah, berbalik pada tajuk di atas. Kami tiba di Pulau Langkawi dekat jam 7.00 malam. Perasaan aku ketika itu sangat gembira. Sembilan tahun tidak ke sana, banyak sudah perubahannya. Kami empat beranak melangkah sepanjang jeti dengan perasaan gembira yang bukan kepalang. Lebih-lebih lagi anak-anak bila nampak replika burung helang. Dari jauh sudah terjerit-jerit si Ammar.

Dia bukan panggil burung helang. Dia panggil burung langkawi. Apa-apa sajalah nak. Kami mencari orang yang kami mahu sewa keretanya. Aku dan anak-anak tunggu di suatu sudut sementara suami pergi mencari orang itu. Beberapa minit menunggu, nampak suami lambai dari seberang jalan. Kami menuju ke kereta Myvi yang sudah terparkir di tepi jalan.

Pertama sekali kami ke tempat coklat. Suami nak beri sedikit coklat buat makan-makan di hotel katanya.

Coklat yang berlambak-lambak.

Rambang mata dibuatnya.

Lebih kurang setengahjam gitu, kami tiba di tempat penginapan. Kami menginap di Asenia Resort & Spa. Sebelum ke bilik, haruslah bergambar dulu di lobi.

Berdua dengan suami pula.

Giliran anak-anak pula. Entah apa gaya si Ammar itu. Kemudian kami terus ke bilik yang terletak di tingkat bawah je.

Dari pintu masuk bilik.

Dua buah katil queen size.

Ada sliding door yang menghala ke swimming pool. Ada orang sedang menghirup udara malam di balkoni.

Anak-anak macam biasa. Tak tahu duduk diam.

Kemudian kami keluar sebentar jalan-jalan sekitar resort. Waktu ini ada orang tengah berkaroke.

Permandangan malam itu dengan suasana membingitkan daripada nyanyian orang.

Malam itu kami makan di hotel saja. Group lain ada beli makan malam untuk semua family iaitu nasi tomato. Sedap pulak nasi tomatonya atau aku yang kelaparan ketika itu.

Sebelum balik ke bilik bergambar dulu di atas pentas ini.

Ini pula di luar Spa. Puas berjalan sekitar hotel, kami balik ke bilik. Mahu berehat untuk mengumpul tenaga untuk keesokkannya harinya pula. Banyak tempat yang mahu pergi. Bersambung lagi di lain entri ya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: