Pages

Friday, January 13, 2017

Tiga Sekawan Di Hari Jumaat

Assalamualaikum.

Hai semua.

Selamat petang. Tak tahu nak tulis entri apa sebenarnya tapi rasa nak menulis tu ada. Sebenarnya perasaan lebih kepada susah hati untuk hari esok. Walhal bukan ada apa pun. Cuma nak ke bengkel penulisan saja esok hari tapi perasaan gemuruh membelenggu diri. Itu nanti aku akan ceritakan pengalaman aku menghadiri bengkel penulisan itu.

Jumaat seperti biasa, rehatnya sedikit panjang. Hari ini memang aku malas dan tidak bercadang untuk keluar ke mana-mana. Tapi dek keterpaksaan aku keluar juga. Setelah berdiskusi lebih kurang lima belas minit, walhal mahu keluar beli makanan aje pun. Akhirnya tiga sekawan ini keluar juga daripada Bangunan Kota Cemerlang ini.

Posing bergambar mengalahkan macam makan kat sana. Walhal tunggu pizza aje pun. Bungkus pizza yang RM5 tu. Promosinya sampai Mac nanti. Dah tengah-tengah bulan jangan nak makan mewah bagai. Sudah tapau kami pulang ke pejabat semula dan makan di tempat saja. Itu saja entri ringkas petang ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments: