Pages

Tuesday, January 24, 2017

DAY 20 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Tempat Yang Ingin Dilawati

Assalamualaikum...

Hai.

Selamat malam semua. Baru berkesempatan untuk menulis entri. Entri siang tadi seperti biasa entri scheduled. Hari ini lambat tengok tajuk untuk tugasan hari ini. Ini baru tahu tajuknya ini. Adoi, berdebar rasanya. Kahhh. Gedik sangat. Seronok nak cerita tempat yang ingin dilawati. Kalau ikutkan banyak sangat. Tamak haloba gamaknya.

Kalau bagi kita umat Islam pastilah semua memasang impian mahu ke Makkah. Sama ada menunaikan umrah ataupun mengerjakan haji. Memang teringin nak ke sana, menjadi tetamu Allah SWT. Semoga impian itu akan menjadi kenyataan. Sekarang sedang mengumpul duit untuk ke sana. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusanku serta suami. Amin.

Aku dulu masa mak dan ayah menunaikan haji, hampir setiap hari telefon. Kadang telefon dengar azan sedang berkumandang. Aduhai.

Semoga suatu hari nanti aku akan menjejakkan kaki ke sana.

Selain ke Makkah, ada satu tempat yang aku ingin lawati. Luar negara. Aku belum pernah melancong ke luar negara. Kalau ikutkan banyak tempatnya. Tapi ini salah satunya. Aku teringin nak ke Korea. Tempoh hari adalah contest anjuran Traveloka. Kena menulis entri tempat yang kita nak pergi. Kebetulan Korea antara salah satu tempat yang Traveloka senaraikan. Gigihlah aku menulis. Tapi entri tu hentam keromo.

Bolehlah baca di SINI. Saat-saat akhir menulis entri tersebut tapi tiada rezeki. Nampaknya kena kumpul duit sendirilah untuk ke sana. Begitulah nampaknya. Gigih menabung untuk tabung travel. Itu sahaja perkongsian untuk hari ini. Sekian dan wassalam.

#jdtblogger  
#31dayschallengebyjdtblogger 

Salam pena,
Fyda Adim