Thursday, January 19, 2017

Bento Anak-Anak Minggu Kedua

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat pagi semua. Semoga hari ini berjalan lancar. Jangan ada yang merenggut ketenangan hari ini. Abaikan saja jika mendatang ada yang meragutnya. Kuatkan diri seperti tidak berperasaan. Pekakkan telinga. Perangai aku, satu. Kalau ada yang mengganggu, pasti seharian emosi entah merapu-rapu. Aku selalu meluah pada suami.

Dia jawab.

"Biarkan je. Buat kerja sendiri. Orang boleh tengok mana baik mana tidak."

Susahkan.
Dugaan hati. Menjawab salah, tak menjawab pun serba salah.

Baiklah, marilah aku kongsikan pagi ini gambar-gambar bento yang aku buatkan untuk dua orang anak aku. Setakat itu sahaja yang aku mampu buatkan bagi mak yang bekerja. Tak ada hias-hias, tak ada deko-deko. Kalau berhias bagai entah jam berapa aku pula nak bersiap. Lagipun misi aku adalah supaya anak-anak kenyang.

Menu hari isnin. Yang kakak bawak fetuccini goreng dengan roti kepit telur dadar. Si adik pula roti telur dadar.

 Hari selasa menu sama yang roti tapi aku tambahkan wedges.

 Hari rabu pula popia goreng dan wedges.

 Hari khamis roti sapu planta dan tabur gula.

Hari jumaat ini pula menunya.

Menunya ringkas dan cepat disediakan. Pagi-pagi memang mengejar masa. Bukan masa untuk bersantai dan berjalan ala-ala model. Memang berlari-lari anak di dalam rumah sampai tak cukup tanah. Over sangat. Hehe. Sampai sini dulu. Nanti sambung lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: