Pages

Monday, January 2, 2012

~Memori 2011~


Salam...

Hari kedua dalam tahun baru 2012.  Sebelum aku mengupdate cerita pasal kenduri kawin cousin aku, aku nak postkan entry mengenai memori 2011.  Pada mulanya aku nak buat entry ini sebelum tahun 2012 menjengah tapi memandangkan masa sangat-sangat mencemburui aku, memang tak dan nak tulis post nie.  Oleh kerana gambar telah pun diupload aku tulis jugak entry ini.

Selamat tinggal 2011.  Semoga segala kenangan manis dan pahit yang diharungi dalam tahun 2011 dapat memberi kita pengajaran dan kekuatan dalam diri untuk berhadapan dengan segala dugaan pada masa akan datang.  Mari kita mengimbas sedikit sebanyak kenangan dalam tahun 2011.

Januari 2011
Sambut malam tahun baru kami di MIBC.  Berbowling bersama ipar dan biras.  Masa nie aku tak dapatlah nak join sebab perut sedang memboyot.  Ceritanya DI SINI.

Alhamdulillah, untuk pembukaan tahun baru 2011 kami mendapat kunci rumah yang kami nanti-nantikan.  Ceritanya DI SINI.

Adriana masuk umur 3 tahun.  Tapi untuk tahun 2011 aku tidak dapat membuatkan apa-apa untuk birthday adriana sebab masa tue aku dah sarat mengandungkan ammar.  Ceritanya DI SINI.

Februari 2011
Aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 21 Februari 2011 jam 2.20 petang.  Bayi tersebut diberi nama Muhammad Ammar Qayyum.  Pengalaman yang tidak dapat aku lupakan.  Ceritanya DI SINI. Sebelum bersalin, aku kena admitted selama 5 hari sebab keadaan baby aku breech.  Ceritanya  DI SINI.

Mac 2011
Bulan Mac ini, tidak ada apa-apa sebab aku masih di dalam pantang.  Cuma ammar genap sebulan.  Adriana pun ada checkup bulanan di klinik.  Ceritanya DI SINI.

April 2011
Yahooo...Aku habis pantang 44 hari.  Selamat tinggal kain batik dan stokin.  Seksa menunggu habis 44 hari.  Hanya orang yang pernah melaluinya tahu macam mana kan.  Ceritanya DI SINI.

Habis pantang, aku pindah masuk rumah.  Barang-barang sudah dipindahkan masa aku dalam pantang lagi.  Jadi kami dapatlah buat kenduri masuk rumah baru.  Ceritanya DI SINI.

Mei 2011
Bulan Mei pulak hari pernikahan adik aku.  Ceritanya DI SINI dan  SINI.

Kenduri cukur jambul ammar.  Ceritanya DI SINI.

Majlis bertandang di rumah lelaki iaitu di rumah aku.  Ceritanya DI SINI.

Jun 2011
Aku berumur 28 tahun. 

Hari lahir ayah aku jugak yang ke 59 tahun.

Kenangan manis tahun lepas aku dapat APC.  Ceritanya DI SINI.

Ogos 2011
Pertama kali sambut bulan Ramadhan di rumah baru.

Berbuka puasa bersama family asben dan family aku di rumah kami untuk pertama kalinya.  Ceritanya DI SINI.

Berbuka puasa dengan officemate asben di Kuala Sungai Baru.  Ceritanya DI SINI.

September 2011
Hari raya tahun lepas bersama ahli keluarga baru.  Ceritanya DI SINI.

Kami ke Kelantan untuk menghadiri perkahwinan cousin aku.  Ceritanya DI SINI.

Oktober 2011
Kami berbowling bersama-sama anak-anak buah aku.  Ceritanya DI SINI.

Birthday asben yang ke 31 tahun.  Sambut di rumah aje.  Ceritanya DI SINI.

November 2011
Lima tahun aku berkhidmat di JKM.  Ceritanya DI SINI.

Family Day dan Teambuilding JKM.  Ceritanya DI SINI.
Berkunjung ke opis papa.  Ceritanya DI SINI.

Disember 2011
Kami ke Wonderland.  Ceritanya DI SINI.

Hari Lahir mak aku.

Anniversary kami yang ke 5.  Ceritanya DI SINI.

Itulah serba sedikit kenangan kami pada tahun 2011.  Kenangan-kenangan ini pasti akan diabadikan di dalam diri.  Apa yang diharapkan semoga tahun ini dapat dijadikan lagi sebuah kenangan seperti tahun-tahun lepas.  Ada lagi wishlist yang masih belum tercapai.  Mudah-mudahan akan dapat dilaksanakan pada tahun ini.  InsyaAllah..Dengan izinNya, pasti akan ada rezeki buat diriku.



No comments: