Pages

Sunday, January 15, 2012

~Mee Udang Untuk Lunch Semalam~

Salam..

Baru berkesempatan untuk online dan update blog.  Maklumlah bila duduk di rumah memang tak menang tangan nak update blog.  Mana nak layan budak dua orang tue kan.  Memangler haru dibuatnya.  Semalam aku just masak menu simple memandangkan asben aku kata tak mahu makan nasi.

So, aku decide untuk masak mee udang.  Memandangkan bahan-bahannya semua mencukupi aku pun memulakan aktiviti memasak.  Sebenarnya ini resepi daripada kawan aku.  Dah lama dia bagi aku resipi mee udang nie tapi baru semalamlah aku berkesempatan untuk memasaknya. 

RESIPI MEE UDANG

Untuk perencah kuah :
Sebiji tomato
Udang kering
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Halia (semua ni diblend)
Kalau tak nak letak tomato pun tak apa..

Udang:

Kepala udang ditanggalkan, kemudian direbus. Bila sudah mendidih tapiskan air udang tu. Kemudian, kepala udang yang sudah ditapis tadi dikisar untuk amik airnya lagi.
Cara masak:

1) Tumiskan bahan kisar sehingga masak. masukkan sos tomato sikit.(ikut sesedap rasa)


2) Masukkan air rebusan udang, dan air kepala udang yang dah dikisar sehingga halus.  Masukkan buah tomato yang dipotong 4.  Biarkan kuah mendidih.  Akhir sekali baru masukkan udang (sebab udang cepat masak bila lama nanti kecut pula udang tu)

3)  Jika nak pekatkan kuah masukkan sedikit tepung jagung atau boleh juga digantikan dgn ubi kentang yang dah direbus dan dikisar.  Pun sedap juga..


4)  Mee, taugeh, sayur tue macam biasa lah kena celur.  Boleh tambahkan dengan asessori lain macam daun bawang dan lain-lain.
Sesiapa yang berminat bolehlah mencubanya.  Selamat mencuba yea.
Inilah hasil mee udang aku.  Sebenarnya aku terlupa masukkan cili kering masa nak kisar.  Jadi aku potongkan cili jea.  Entah macam mana boleh lupa. Rasanya masih sedap cuma tak pedas. 

Sekian dahulu.  Selamat mencuba.  Lain-lain tangan, lain-lain rasanya.

2 comments:

rahayu said...

Sedapnya

Nini D.. said...

tengok gambar pon dah menyelerakan