Pages

Wednesday, September 21, 2011

~Cerita Kami di Kelantan - Day 2~

Salam dan selamat petang. 

Kembali lagi di sini untuk menyambung cerita aku dan family di Kelantan.  Dari pagi tadi upload gambar tapi tak terkarang.  Tak tahu mana nak mula cerita sebab hari nie mood aku agak kurang ok. 

Dah nak balik nielah baru ada feel untuk menaip.  Mari aku mulakan cerita aku untuk hari kedua di Kelantan.  Pagi-pagi tue aku dah bangun.  Malam tue letak jea kapala terus lelap.  Punyalah mengantuk dan letih.  Macam aku pulak yang jadi drebar.  hehehe. 

Mak ngan ayah aku dah turun untuk breakfast dulu.  Family aku seperti biasaler memang lambat.  Mana nak kejutkan si adriana, 'nana, tak nak bangun.  nana nak tido.'  Sabar jealah.  Penat gak nak bangunkan adriana.  Dah bangun tak mahu jalan sendiri ke toilet.  Mangsa dukung mamaler.  Tapi idak jugak mamanya kurus.  huhuhu

Then, kami semua siap-siaplah.  Adik aku call kata dia orang breakfast kat luar sebab makanan yang disediakan sikit bebenor.  Oklah kita orang pun memang nak minum kat luar.  Tapi dia orang pi minum dululah.  Bila dah siap semua berkumpul di lobi.

Kami semua berkumpul untuk ke destinasi pilihan
Inilah tempat penginapan kami semasa di Kelantan.  Bolehlah.  Selesalah jugak.  Kami dapat duduk hotel murah-murah jea.  Semalam harga RM98.  Tapi dapat RM88 sebab guna gov rate.
Pandang sini semua!!!
Dari tadi gambar aku tak ada, haruslah ada yea.  Penulis blog kenalah ada kan???
Kami pergi breakfast dulu.  Mak, ayah, adik dan adik ipar aku melencong ke Pasar Siti Khadijah.
Turn mama pulak jaga ammar.
Kemudian, kami menuju ke sini.  Apa nama tempat nie?Mak dan ayah aku seiring sejalan..hehehe
Tengok-tengok port yang menarik untuk bergambar
Adriana dan nenek.  Tengoklah adriana.  Berkaca mata kepunyaan neneknya.  Dialog mak aku 'Mama xpandai bergaya anak pulak yang pandai' :-)
Ok, kami bergambar di sini.  Gambar family.  Nasib ada mr tripod bolehlah cukup korum.
Kami berempat pulak.
Kami bergambar bersama mak dan ayah aka atok dan nenek.
Kemudian, kami singgah di jeti.  Dah lama tak bergambar berdua-dua sejak ada handbeg.  hehehe
My adik and his wife.  Pose sangat menarik.
Kemudian kami ke Pengkalan Kubor.  Dalam perjalanan nampak perarakan untuk Merdeka.
Jalan jammed.  Kete kat depan kete aku.  Nie adik ipar aku snaplah sebab masa nie kamera ada kat dia.
Tesco Kelantan.  Tahun 2007 aku datang belum ada lagi.  Baru nak buat sekarang dah siap dah.
Kami ke sini untuk membeli apa yang patut.  Aku adalah beli periuk gak.  Maklumler dah duduk rumah sendiri kenalah beli sendiri.  Lupa pulak nak snap barang-barang tangkapan di sini.
Papa dan anak-anak.
Aku dah selesai membeli.  Sedang menunggu mereka-mereka.  Kereta biru di parking kereta adik aku.
Otw balik ke hotel.  Ini untuk sesi pagi.  Kami pulang ke hotel sebab sebelah petang mahu ke rumah makcik.  Nikah selepas solat jumaat.  Harus bersiap-siap.  Ketua rombongan (asben aku) suruh siap pukul 3 petang dah kena gerak.

Sekian dulu untuk sesi pagi kami pada hari kedua kami di Kelantan.  Nanti smabung lagi yea.  Gambar banyak sangat pening nak pilih. 

1 comment:

Ya ALya said...

sambung jangan tak sambung tau.....