Tuesday, December 6, 2011

~Kami Anak-Beranak Berjimba-Jimba~


Sambung cerita dari SINI.  Kisah hari sabtu kami ke Melaka Wonderland.  Cerita kami bila sampai di Melaka Wonderland.  Dari rumah ke sini memang tak jauh.  Kejap jea sudah sampai.  Memang ramai orang.  Dahlah hari tue panas terik.  Nak mandi punya pasal layankan aje.  Lebih-lebih lagi bila dah bayar sorang RM30.  Aku taklah berendam macam asben aku.  Tak tahanler nak mandi lama-lama.  Ammar pun takkanlah nak duduk dalam air lama-lama.  Oklah mari kita tengok gambar.

Ini masa mula-mula kami sampai.  Kat luar nampak macam tak ada orang.

Berjalan jauh nak masuk ke dalam.  Aduhai..Tak larat tangan aku dukung ammar.
Ammar kepanasan.  Sebenarnya dia nie ngantuk pun iye.  Memang masa dia tido nie.
Masa nak mula main air, nampak pulak benda nie.  Adriana dah nangis-nangis dah.  Pujuk-pujuk mahuler jugak.
Lepas tue, bergambar pulak dengan yang ini.  Masa nie adriana tak mahu dah.  Takut katanya.  Mama dengan ammar jealah.

Layan mandi.  Aku mandi gak.  Tapi tak adaler gambar.  Kalau dah semua mandi sape pulak nak amik kan.

Waktu nie, ammar berhenti jap.  Lepas tue aku bawak mandi lagi.  Tak lama pun aku bawak tengok dia dah ngantuk sangat.  Sudah start merengek.  Bawaklah dia naik atas.  Aku salin baju ammar bagi dia susu.

Terus tidur.  Memang lama dia tidur.  Aku pun siap salin baju semua.  Cuma adriana dan papa jea masih meneruskan misi mandinya.

Mereka masih mandi lagi.  Aku jaga ammar.  Lepas tue jadi jurugambarler.
Adriana setakat tepi-tepi nie dia bolehlah.  Papa dia bawak ke tengah dah menangis terjerit-jerit. 
Adriana seronok dapat mandi. 


Papa dan nana.
Berendamlah anak-beranak.

Sudah cukup!!Papa dan nana.  Aku dah panggil nak balik.  Tak larat sudah.
Ini adalah permandangan Melaka Wonderland.
Permandangan dari depan.  Kami sudah mahu pulang.


Bergambar dulu di depan sebelum pulang.  Masa nie adriana tak nak bergambar sebab panas.
So, adriana bergambarlah seorang diri di sini.  Muka pun dah gelap.
Last picture from ammar.  Muka ammar pun gelap dah.  Hehehehe.  Dari wonderland terus balik rumah.  Sampai rumah masing-masing tidur kepenatan.  Memang penatlah tapi kita orang enjoy!!!!Ingatnya malam tue nak pi tengok Ombak Rindu tapi sebab dah penat tak jadilah nak berombak rindu.  Lain kali ajelah..:-)

Note>>Untuk gambar di sini tidak menggunakan kamera.  Guna kamera kat galaxy asben.  Tak puas hati jea tengok gambarnya.:-(

3 comments:

hajarus said...

wahhh bestnyer... hjr x pernah lg ke sini...

atanayuiman @ Jue said...

waaah..! seronok sakan main air.. kalau ajak iman nie, mst tak nak naik dah!

My Aisy said...

cam best jek...nak gi jugak...