Monday, January 16, 2012

~Bergotong-Royong Untuk 5S~

Salam...

Selamat pagi isnin.  Hari ini datang ofis dengan semangat yang baru dengan tempat yang baru dan lapang.  Atas meja aku sekarang bersih dan kemas.  Sangat-sangat teratur tapi tak tahulah berapa lama bertahan.

Kisahnya jumaat lepas ofis aku ada buat aktiviti gotong-royong untuk 5S iaiti Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.  Kalau ikutkan banyak barang yang sayang nak dibuang tapi terpaksalah buang.  Kalau dah tak nak guna di ofis kenalah bawak balik rumah.  Sepahkan pula kat rumah sebab sayang punya pasal.  Tapi hari jumaat hari tue aku berjayalah jugak menyisihkan barang-barang di meja aku.  Yang last sentiasa amal tue harap-harap dapatlah diamalkan selalu.

Gambar di atas itulah keadaan meja aku yang bersepah.  Perlu dikemas dan dibuangkan barang-barang yang tidak diperlukan.  Gambar sesudah kemas belum sempat diambil.  Nanti aku letakkan yea.  Sekian.

2 comments:

Nini D.. said...

meja bersepah tu tandanya kita bz kan kan... :)

amieda said...

alamak...akk lupa plak nk amik gambar sblm dn selepas.....