Tuesday, November 15, 2011

~Hari Keluarga dan Teambuilding JKMN Melaka~

Akhirnya aku terima kekuatan untuk menulis dan berceritakan tentang Hari Keluarga JKMN Melaka yang berlangsung pada 12 November 2011 lalu.  Seronoklah sangat hari tue.  Jaranglah aku nie nak melibatkan diri nie.  Nak kata hari keluarga aku just pegi dengan adriana jea.  Tak lengkaplah keluarga aku.  :-(

Ramai jugak yang tak bawak asben atau wife.  Kalau lengkap sekeluarga mesti lagi happening.  Tapi hari tue pun ada kira ok gak.  Pagi-pagi lagi aku dah kejutkan adriana.  Siap-siapkan dia pun dah makan masa.  Kawan aku, zila datang amik kat rumah.  Dia pun just bawak anak dia sabrina jea.  Oklah tue adriana ada kawan baik dan kawan gaduh.  Ammar tinggal dengan asben aku dulu.  Asben aku yang siapkan ammar sebab dia pun nak ke keje.  Sebelum tue asben anta ammar ke rumah mil aku.

So, kita orang sampai di Ismah Beach Resort dalam pukul 8.45 pagi.  Jauh jugak perjalanan kami.  Aku memang fail kalau tanya jalan kat area pengkalan balak tue.  Ikut jealah orang yang bawak tue kalau sesat pun aku tak tahu.  hehehe.

Oklah, jom kita tengok gambar-gambar sepanjang satu hari di Ismah Beach Resort.  Berpinar mata nak pilih dan edit gambar.  Tak silap ada 60 lebih keping gambar.  Aku pilih yang ok jealah.

Ini tempat pendaftaran.  Masih menunggu ketibaan yang lain.  Kumpulkan hadiah untuk exchange love.


Yang nie pulak makan roti sebab dah kelaparan.

Sibuk betul yang bertudung merah tue.  Kak Zu tue pengacara majlis pada hari tue.  Ada jugak gambar dia masa tengah jadi mc.  Kak Zu tue baru mula berjinak-jinak dengan dunia blogger.

Gambar kiri ketika Kak Zu sedang memberi ucapan.  Gambar kanan tue timbalan pengarah memberi ucapan.

Adriana dan Sabrina.  Aku suka tengok gambar nie.  Dia orang kawan dari kecik.  Ceritaya mereka pernah aku tulis di sini dan sini.

Gambar-gambar ini masa kita orang tengah sarapan pagi.

Kemudian kami semua ke tepi pantai untuk memulakan aktiviti.

Bergambar dulu sebelum memulakan aktiviti.

Mula-mula sekali acara sukan untuk kanak-kanak.  Aku suruh adriana join.  1st time untuk adriana.  Itu sebab hari tue dia jadi blur.  Acara pertama kena lari amik berapa banyak gula-gula dekat dulang.  Orang suruh lari adriana boleh blur dan dia tak lari.  Geram pulak mama.  Yelah, dia tak pernah join.  Agaknya masa aku cakap nak pi sukan dia ingat nak tengok orang bersukan.  Pernah bawak dia tengok SUKMA dekat stadium.  Masa lalu dia kata tempat sukan.  Mungkin dia confuse.  Rupanya dia yang kena bersukan.
Inilah rupa mukanya yang blur gitu.  Tak pelah nana.  Janji nana happy.  Suruh lari dia boleh berjalan.  Dia kata nana tak mo lari takut jatuh.  Mak oi, kalau kat rumah dok berlari tak takut pulak.  Sabar jealah.


Inilah antaranya.  Ada acara bawak bola ping pong dalam sudu.  Amik air dengan span kemudian isi dalam botol.  Gambar no 4 tue aktiviti tiup belon.  Dua orang budak nie tak tipu pun.  Dia tengok jea.


Yang nie pulak lagi kelakar.  Kena cari bola ping pong yang disembunyikan di hujung sana.  Satu kumpulan kena cari satu bola.  Budak 2 orang nie carilah bola ping pong.  Memang tak ada bola.  Rupanya satu group tue pegi amik 2 bola.  Cari sampai bila pun memang tak dapat.


Lepas tue acara untuk mak-mak dan ayah-ayah pulak.  Aku group no 3.  Inilah group aku pada hari tue.  Satu group ada 10 orang.  Group aku cuma 4 orang perempuan jea.  Yang 6 lagi adalah lelaki yang macho dan gagah perkasa.  Kahhhhh.


Inilah sepanjang acara berlangsung.  Aktiviti yang diadakan kepit belon, bawak bola ping pong dengan chopstick, passing belon yang berisi air dan lain-lain aku tak tahu apa nama dia. :-)
Aku cuma tak masuk acara tarik tali dengan bawak belon .  Sudah tidak larat.

Ini antara yang bersantai.  Ada yang pregnant dan ada yang bawak baby.  Gambar ke 4 tue ramainya anak-anak dia.  Kesian Kak Zu.  Hahaha.  Hari tue ditugaskan untuk menjadi baby sister sebab mak-mak bebudak nie masuk game.  Jasamu sangat dikenang.  Tak pelah kak zu belajar menjaga anak.  Nanti ada anak sendiri sudah expert. :-)

Ini masa acara lumba lari tapi kena lari beramai-ramai dan tidak boleh putus antara satu sama lain.  Kena pegang kawan dalam kumpulan tue.  Aku duduk kat belah belakang.  Itu yang tak nampak.

Aku dan zila.  Masa nie tengah tunggu nak pass belon yang berisi air.  Aku pecahkan satu belon.  Huhuhu..
Aku dan zila.  Masa nie aku sudah surrender.  Dah berehat.  Penat yang amat setelah sekian lama tidak turun padang.
Kak Nisah dan anak-anaknya, Nuraini dan Muhammad Hafiz.


Selepas tue, kami semua disuruh untuk makan tengahari.  Menu sedap jugak.  Yang aku suka ada kerang bakar.  I like!!!
Tengoklah dua orang nie.  Excitednya dapat makan.  Kak zu tue kenapa pulak tue.  Ya ampun yea aku yang snap pic nie.  Hehehe
Lepas makan bawaklah bdak-budak nie pegi mandi kolam.  Selagi tak bawak selagi tuelah dia orang dok tanya.  Naik penatlah menjawab.

Ini dia muka orang yang suka mandi kolam.  Sabrina dah hilang ntah ke mana.  Dia lagi excited bila aku nak bawak dia ke kolam.  Ibu dia sibuk sebab urusetia hadiah.  Auntie bawak awak yea.  Keluar masuk kolam dia.  Oh nanti boleh suruh ibu hantar awak masuk kelas berenang.

Tengah mandi-mandi kolam ada penyampaian hadiah pulak.  Kena berhenti dulu.  Basah-basahlah bawak budak-budak nie.  Aku memang tak berendam sebab malas nak tukar seluar.  Sebelum itu, untuk kita orang dah tukar-tukar hadiah untuk exchange love.

Ini masa adriana dapat hadiah untuk penyertaan kanak-kanak.  No 6 kot.  Janjiler tue.  Sebelum tue dia dok tanya nak hadiah.  Aku katalah tadi mama suruh lari tak nak.  Mana nak dapat hadiah.  Sedih jea dia.

Ini sabrina pulak yang ambil hadiah yang disampaikan oleh timbalan pengarah.

Zila dan sabrina.  Basah-basah dia orang nie naik pentas.

Akhir sekali gambar kami beramai-ramai sebelum pulang.  Ini sebahagian daripada 60 orang.  Kalau semua terlibat lagi best.  Gempak habis.

Last but not least, gambar daripada kami warga JKMN Melaka.  Panjang umur semoga berjumpa lagi pada hari keluarga pada masa akan datang.  InsyaAllah...

2 comments:

amieda said...

thanks...ada jgk gambar akk ko masukkan dlm ni....i like...

Kakzakie said...

Bab tarik tali lelaki+perempuan kakak senyum sendiri hihi... siapa yg menang?