Thursday, January 12, 2012

~Dilanda Batuk~

Aku dilanda batuk semula.  Sangat sakit tekak ini.  Bila rasa gatal tekak mula batuk tak henti-henti.  Teringat tahun lepas masa aku berpantang lepas bersalinkan Ammar kena batuk macam ini jugak.  Aduiyaiiii...Ngilunya bila batuk.  Nasib bersalin normal.  Tapi jenuh jugak nak kontrol bila nak batuk.

Memang seksa rasanya.  Selsema dah hilan cuma batuk jea lagi yang belum baik.  Sekarang nie pun tengah batuk.   Uhuk..Uhuk..Uhukk..

Kat ofis pulak sahut menyahut batuk nie.  Depan belakang bunyi orang batuk termasuklah aku. Kalau sikit-sikit batuk tak apalah jugak.  Ini kadang sampai teruk sangat bunyinya.  Inilah benda-benda yang aku buat untuk menghilangkan batuk aku nie.

Makan ubat batuk.  Asben aku belikan aku breacol.  Bila dah makan ubat batuk nie mata aku nie macam nak lelap jea gamaknya.  Lepas tue bila dah makan lagi gatal pulak tekak aku.

Aku cuba gak makan strepsils.  Oklah kan.  Berangin jea tekak nie.  Kuranglah sikit.  Hari tue dah beli yang plastik dia warna merah.  Sekarang nie aku cuba makan yang plastiknya warna ungu pulak.  Tak baik jugak tak tahulah.

Ada jugak cuba minum air asam jawa.  Ada pulak orang kata aku nak nyanyi.  Nak jaga suara.  Hikhikhik. 

Sudah macam-macam yang aku buat untuk menghilangkan batuk nie.  Harap tidaklah berpanjangan.  Ammar pun dah kena batuk berjangkit daripada aku.

Note>>Gambar-gambar di sini ehsan dari Google.

1 comment:

Ros said...

Salam ziarah...