Saturday, January 14, 2012

~Cucur Sayur~


Salam...

Dah nak petang barulah dapat nak update blog.  Hari ini datang mood rajin nak ke dapur awal pagi.  Maklumlah rasanya dah lama tak main masak-masak.  Pagi tadi sarapan aku sekeluarga adala Cucur Sayur.  Cuba bertukar selera.  Masak yang simple jea untuk sarapan pagi tadi.  Makan cucur untuk alas perut sementara nak makan tengahari.

Inilah cucur sayur aku untuk sarapan kami pagi tadi.  Simple dan mengenyangkan.  Resipi yang diambil dari koleksi buku masakan mak aku. :-)


RESIPI CUCUR SAYUR

Bahan-bahan :
200 gm Tepung gandum
1 biji telur
Kacang Panjang (potong kecil-kecil)
Lobak (potong dadu)
Air
Garam secukup rasa

Cara Memasak :
1) Satukan kesemuanya dan gaul sebati
2) Panaskan minyak.  Kemudian ambil sedikit adunan dan goreng hingga kekuningan.
3) Angkat dan ketepikan.
4) Sedia untuk dihidangkan.

Kemudian, aku buatkan jugak sos cili  sebab asben requestkan.  So buatler jugak.  Main hentam keromo jea.  Ikutkan aku cicah dengan sos cili yang ready made jea.  Dasar bini pemalas!!!!Huahuahua...

RESIPI SOS CILI

Bahan-bahan :
Cili kisar
Bawang putih (kisar)
Sos Cili
Gula
Garam secukup rasa

Cara Memasak :
1)  Satukan cili kisar, bawang kisar, sos cili, gula dan garam di dalam periuk.
2)  Masak di atas api yang kecil sehingga pekat.
3)  Apabila mendidih rasakannya dan boleh diangkat.

Itulah sarapan kami pagi ini.  Makan tengahari pulak aku just masak Mee Udang.  Asben tak mahu makan nasi sebab malam tadi aku dah masak nasi.  So, yang bini nie terpaksalah akur bila si suami tak mahu makan nasi.  Diet katanya. :-)  Nanti aku postkan gambar mee udang pulak yea. 

1 comment:

eija_sweetmama said...

cucur sedapnye...
eija suka cucur bilis cicah smbal sardin..:)