Thursday, January 27, 2011

~Survey Sebelum Memasuki Rumah Baru~


Akhirnya penantian aku menanti kunci rumah telah pun berakhir..:-) Memang aku menantikan untuk mendapatkan kunci rumah sebelum aku bersalin.  Bolehlah aku buat apa yang patut kan??Siapa yang tak excited kan nak masuk rumah baru.  Memasuki rumah baru adalah perkara yang paling kita excited.  Nak2 rumah yang kita nak masuk itu dibeli berbanding dengan rumah yang disewa. Betul tak..?

Sebelum memasuki rumah baru, ada pelbagai perkara yang perlu dibuat dan dilakukan.  Banyak perkara yang perlu kita buat dan memerlukan kos perbelanjaan yang besar untuk kita menyediakan benda-benda penting untuk rumah baru kita itu. 

Alangkah bagusnya kalau punyai kos yang banyak untuk melengkapkan kelengkapan rumah sepenuhnya.  Siapa yang tak nak duduk rumah yang serba lengkap.  Oleh kerana kos kami agak terhad buat masa ini, jadi kami buat apa yang penting terlebih dahulu.

Jadi, last weekend aku dan asben memang sibuklah membeli barang-barang rumah.  Mencari orang nak pasang grill.  Isnin lepas oleh kerana kepenatan kami bercuti.  Lagipun aku ada checkup untuk 34 minggu dan asben aku nak ke TNB dan SAMB untuk hantar permohonan masuk bekalan letrik dan air.

Kami telah membuat survey dan checklist untuk mencari budget yang bersesuaian dengan kami.  Jadi kami telah mendahulukan perkara-perkara penting terlebih dahulu.

Antara checklist yang telah dibuat :

1) Wiring - ( org kedai jea tempat kami beli lampu )
2) Grill - ( member kawan aku )
3) Kitchen Kabinet ( belum ada )
4) Langsir ( buat dkt kota fesyen jea )
5) renovation - tiling ( mungkin tak buat dulu )

Apa lagi erk??aku rasa ini dulu yang penting kot.  ini pun kami telah mencari suplier yang harganya yang paling berpatutan.

Kalau ada sesiapa yang boleh bantu untuk memberi pendapat dipersilakan...

Note>>Alhamdulillah..checkup aku isnin lepas sangat memuaskan hati..Nanti akan aku ceritakan.

4 comments:

Aleyn said...

Congrate...baby baru ...rumah baru...

Cantik dan besarlah rumah u...bestnyer

@lfidah said...

aleyn>>thanks...mana ada besar..mungkin amik gmbr nie jauh kot..

fiza said...

Cantiklah umah, kat mana ni?

Mesti tak sabar nak pindah kan. Selamat men'deco' rumah ^_^

ibuayu said...

tahniah...cantik rumah

masa buat wiring tu kena kira betul2 brp plug yang nak ditambah.
lepas tu kena fikir nak pakai casing atau tanam kat dalam dinding

akak suka tanam kat dinding..tapi dah lepas tu ada juga yang tertinggal and terpaksa guna casing...