Wednesday, November 9, 2011

~9 November 2011-Lima Tahun Aku Berkhidmat~

Hari ini, 9 November 2011.  Genaplah 5 tahun aku berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.  Lima tahun yang lepas aku melapor diri di Wisma Negeri selepas mendapat surat pertukaran daripada JPA untuk bertukar balik ke negeri tercinta. 


Sebelum ini aku bertugas di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Putrajaya.  Kemudian aku memohon tukar ke Melaka.  Alhamdulillah pertukaran aku lulus sebulan sebelum aku berkahwin.  Aku hanya duduk di Putrajaya dari 27 Mac 2006 hingga 8 November 2006. 


Jadi, di sinilah aku berkhidmat dari 9 November 2006 hingga kini.  Masa mula-mula aku masuk sini sangat mencabar dan banyak dugaannya.  Maklumlah tempat baru.  Lama-lama dapatlah kita menyesuaikan diri.  Pada mulanya kakitangan di Kebajikan Melaka cuma 20 orang lebih jea.  Sekarang dah 50 orang lebih dengan perjawatan baru.

Inilah koleksi gambar-gambar sepanjang aku berkhidmat di sini.  Banyak kenangan pahit dan manis.  Biasalah mana-mana pun sama jeakan.  Jom tengok gambar.
 
Inilah partition di tempat lama.  Masa nie di Wisma Negeri lagi.
Masa nie tengah sibuk-sibuk mengemas untuk berpindah ke bangunan baru.
Inilah penyertaan yang pernah aku ceburi sepanjang di Kebajikan.  Tak minatler aku nie nak join apa.  Ini pun terpaksa sebab dah tak ada orang. 
Inilah kumpulan nasyid Ibu Pejabat Kebajikan Melaka.
Masa nie aku sedang mengandungkan adriana.  Masa nie tahun 2007.

Di bawah nie antara gambar-gambar yang aku ada lagi.  Banyak sangat gambarnya.  Tak larat nak cari satu-satu.  Ini jea gambar yang dapat.  Juling mata memandang gambar-gambar yang ada.  Banyak lagi kisah-kisah aku sepanjang berkhidmat di Kebajikan Melaka.  Ceritanya ada DI SINI.

Dan yang paling penting kenangan manis buat diriku selama aku berkhidmat di Kebajikan Melaka.  Aku mendapat APC.  Kenangan yang cukup terindah bagi aku.  Bersyukurlah.  Sekurang-kurang dihargai walaupun aku tidaklah penting sangat di pejabat ini. 

Walau apa pun, aku suka bekerja di sini.  Nasib punya kawan yang baik, boleh membantu ketika susah dan senang.  Setakat ini belum ada perancangan untuk pertukar ke lain jabatan.  Tunggulah masa yang sesuai sama ada bertukar mengikut asben (kalau asben aku kena tukar ke tempat lain) atau naik pangkat ke (exam pun belum pass).  Berangan dulu hokey..

2 comments:

::Mamalyna:: said...

ejan plak, dah 9 tahun di tempat yang sama... 3 kali pindah ofis... pun tak tau nak tukar ke tak coz senang p keje...

adianiez AIDA said...

tahniah for d APC!