Alhamdulillah. Baru lepas makan tengahari. Hari nie lunch hour lama bolehlah aku membebel di sini. Nak cerita kisah hari isnin sempena cuti Tahun Baru Cina. Aku tak kemana-mana sebabnya hari tue aku berkung fu di dapur ala-ala masterchef gitu. Kahhh.
Malam tue family asben aku nak datang. Mula-mula biras aku aka mama alya tak confirm nak datang. Kebetulan pula hari isnin tue birthday alya. Kan aku pernah cite besday alya dan adriana dekat-dekat. Ingat tak entry yang lepas-lepas. Hehehe. Bila biras aku kata dia confirm datang aku decide nak buat kek untuk alya. Dah alang-alang boleh potong kek dengan kakak nana. Best gitu.
Tanpa membuang masa aku buat sebiji kek untuk depa. Sambil masak menu-menu yang lain. Menu untuk hari itu beef steak, lamb chop, coleslaw, wedges, ayam bakar, nasi goreng cili padi, cheesetart. Di samping itu ada jugak sate tapi beli aje. Kalau nak suruh aku buat sate mahu terduduk aku. Tak larat. Hikhikhik.
Oklah, jom layan gambar.
Antara hidangan yang baru disediakan.
Kepak ayam bakar.
Nasi goreng. Ini asben aku masak. Sebab masa nie aku sibuk mendeko kek.
Besday girl. Yang lelaki tue cousin dia orang gaks. Anak abang ipar aku.
Inilah kek ketiga daripada aku. Ok sikit hasil dekonya dari yang mula-mula.
Alya pandang kek aje yea.
Apa lagi, tiup lilin. Bukan main muncung alya yea.
Kali nie kek dia orang warna pink putih sebab dia orang girl kan. Haruslah warna pink. Padahal aku yang gila PINK!!!
Potong kek. Lepas tue mulalah acara menjamu selera sampai perut sendat. Hikhikhik. Oh gambar yang lain-lain lupa nak amik. Terlampau kelam kabut. Mana nak layan adriana. Mana nak layan ammar. Lupakanlah kamera yea.
Apa-apa pun puas hati dapat buatkan besday untuk mereka berdua. Hanya ala kadar jea. Itu yang termampu. Lepas nie besday ammar pulak. Mama dah ada idea untuk besday kek ammar. Tunggu...Harap-harap menjadilah kek mama itu nanti yea.
2 comments:
bestnya buat kek harijadi air tangan sendiri.. akakni memang teringinjer dari anak kecik sampailer sekarangni ..
makanan banyaknyer sedaptu... memang kenyang ngat dahtu..
msti happy adriana dan sepupunya..dh la mama watkan kek..
menu2 lak sngt superb enak..:P
Post a Comment