Tuesday, January 10, 2012

~Tiket Yang Pertama Untuk Tahun Ini~

Tiket apa yang dimaksudkan??Bukan tiket pi tengok konsert atau apa yea kawan-kawan.  Saje nak tunjuk tiket bas yang pertama aku miliki untuk tahun ini. :-) Bangga pulak gamaknya naik town bus.  Orang tayang kereta aku tayanglah tiket bas.  Kahhhhhhh..

Al-kisahnya Jumaat lepas aku balik kerja naik bas sebab kebetulan hari tue kawan aku cuti.  Nak balik rumah mak aku.  Jadi naiklah bas.  Nak harapkan kawan-kawan sangat pun tak boleh.  Macam nielah bila orang yang tidak mempunyai kereta dan takut nak drive.  Salah siapa??Salah diri sendrilahkan.  Bila petang cari kawan-kawan nak tumpang balik.  Kadang-kadang memang boring.  Alhamdulillah, nasib aku punyai kawan-kawan yang sudi menumpangkan aku.  Sejauh mana keikhlasan mereka hanya tuhan yang dapat membalas.  Aku tetap mengenang segala pertolongan mereka pada aku.

Bila tengok orang lain naik kereta memang terdetik di hati.  Apa yang terdetik biarlah menjadi rahsia buat diri aku.  Adakah tahun nie aku dapat merealisasikan segala impian aku??Ada rezeki tak ke mana?Banyak sebenarnya wishlist aku yang belum aku tunaikan.  Mungkin tahun ini akan aku tempoh lagi untuk menaiki bas.  Itu time asben aku tak ada memang susahlah.  Memang ada kelebihan dan kekurangan bila kita takut nak drive.  Aku fikir yang kawan-kawan aku lain semua nak drive kereta sendiri.  Ada tak yang masih menggunakan perkhidmatan awam?Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.  Ayat nak sedapkan hati sendiri sebab sejak kebelakangan ini hatiku mudah terguris.  Oklah sekian untuk entry petang nie daripada aku. 


1 comment:

.:fyzz:. said...

takpa nek bas pun ok gak pa sempoi ja..saya nih terpksa bwk keta sbb nk ankut anak2 pagi2 ke nursery plus school...tidak nek moto je senang skit..:)