Thursday, October 2, 2014

~Susah Tanpanya~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Baru berkesempatan mahu menitip sesuatu di blog. Dari pagi kesibukan melanda diri ini. Minggu ini aku agak sesak. Sudahlah suami tiada ke kursus, kereta pula meragam tak sudah. Masalah tangki air. Hari tu dah tukar tapi tak taulah apa yang tak kena lagi dengan kereta tu. Temperature naik lagi.

Isnin tu masih boleh digunakan. Alhamdulillah selamat pergi dan balik kerja. Selasa pagi tergerak nak tengok air. Kering. Bila isi air kemudian hidupkan enjin bunyi sesuatu dari depan. Ermmm memang tidaklah aku nak memandukan. Hari tu fobia kereta berasap. Tak nak aku ambil risiko.

Displaying IMG_20141001_182043.jpg
Tersadailah kereta aku depan rumah mak. Patah kaki, patah hati. Baru berangan-angan nak pergi gunting rambut balik kerja, bila dah jadi macam ni terbatal segala program aku. Mencari alternatif untuk ke kerja. Nasiblah ada yang baik hati mahu menumpangkan aku pergi dan balik. Itulah sahaja kisah aku yang tidak berkereta minggu ni. Bila tak tahu memandu kereta manual, memang susah. Kalau tak aku dah lenjan kereta asben. Tak sabar nak tunggu esok. Asben balik!!

Jiwa kacau keranamu,
Dua hari tidak memandu,
Sampai bila mahu begitu,
Meragam tak jemu-jemu.

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

1 comment:

AMIIZAA@Mieja said...

salams fida,

dugaan bila suami tiada disisi.....take care laling:)