Monday, October 13, 2014

~Masih Bercuti~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Salam isnin permulaan hari untuk minggu ini. Semoga permulaan yang baik untuk hari ini.  InshaAllah. Tiga malam bersengkang mata menyiapkan sesuatu. Semoga dipermudahkan dan ada perkhabaran yang baik. Andai tiada, anggaplah bukan rezeki.

Hari ini, aku masih bercuti kerana bonda ke klinik untuk pemeriksaan bulanan. Seperti biasa aku perlu menjaga budak yang dalam gambar ni dan ditugaskan untuk menjaga ayah. Memandangkan aku bercuti, pagi tadi aku hantar nana ke sekolah ditemani ammar. Jenuh bawak si budak lasak ni.

Ini gambar masa aku melepak kat hospital. Sudah kepenatan melayan ammar yang tak reti duduk diam. Jadi aku ajak dia bergambar. Salah satu gambar kami daripada banyak gambar yang aku ambil tempohari sewaktu melawat ayah di hospital. Okeylah, itu sahaja kisah untuk hari ini. Banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan hari ini. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

2 comments:

MONALITA MANSOR said...

sabar je la dengan Ammar ni. Budak baik memey gitu.

AMIIZAA@Mieja said...

comel:)