SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, October 6, 2014

~Isnin Hari Cuti~

Teks : Fyda Adim
Foto : FB

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat tengahari semua. Selamat hari isnin. Hari ini semua orang masih lagi bercuti sempena meraikan Aidiladha yang jatuh pada hari. Hari ini baru boleh menarik nafas kelegaan sedikit. Sejak jumaat agak kelam kabut menguruskan bermacam-macam hal hinggakan tidak sempat melakukan kerja sampingan.

Sabtu pula kesibukan membuat persiapan untuk Aidiladha. Sebelah petang dah ke rumah mak macam biasa nak melawat ayah di hospital tetapi petang tu ayah kena dialisis pula. Encik suami tengokkan kereta aku yang dok meragam tu. Kemudian kita orang terus balik rumah. Sebelah malam keluar sekejap ke Family Store. Ada bahan masakan tak cukup pula. Kemudian dah bertapa kat dapur mengadun cheesetart yang kakak sepupu order.

Displaying IMG_32260681933159.jpeg
Sempena kita menyambut Hari Raya Aidiladha ni, marilah kita memohon kemaafan dan memaafkan sesama insan. Walaupun jauh di lubuk hati perasaan sakit itu masih lagi menyelubungi diri, maafkanlah. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart