SUKA ENTRY DI SINI???

Friday, October 17, 2014

~Makan Malam @ Old Town~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Asben

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Salam jumaat. Pagi ini dari rumah mak. Perjalanan lancar sekali tanpa ada tekanan perasaan. Terasa tenang sangat pagi ni. Alhamdulillah. Seronok bila dikurniakan perasaan sebegini. Moga berkekalan buat hari ini dan juga pada masa akan datang.

Hari rabu malam, bawa mak ke Aeon Ayer Keroh sebab mak nak beli barang. Keluar lepas maghrib, tunggu asben balik main tenis. Kemudian siap-siap keluar. Usai membeli barang, mak kata lapar. Jadinya, kita orang bawa mak makan sekali. Malas nak ke tempat lain memandangkan jam sudah menunjukkan 9.30 malam. Maka ke Old Town sahaja.

Anak-anak aku kalau nenek ada mesti nak mengendeng dengan nenek je.

Ammar nak nenek suap.

Menu untuk aku. Apa ke namanya aku tak tahu. Masa tu sudah kelaparan.

 Roti bakar ni kegemaran kami. Sedap pulak. Walhal boleh buat kat rumah je. Sesekali tak apa.

Mee kari pilihan bonda. Itu sahaja kisahnya. Semalam nak menulis di blog tapi akibat keterujaan yang melampau maka dimatikan sahaja hasrat itu. Itu sahaja entri pendek untuk pagi ini. Bersambung lagi. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

5 comments:

adianiez AIDA said...

yes sgt sedap old town ni.
tapi skang cut bajet ha ha ha no more makan luar! tunggu ibu ayah dpt bonus dulu :-)

anyway ~ congrats ye utk surprise semlm yg menjadik! rugi i takde sebagai saksi :-)

monalita mansor said...

best dating dgn mak.

Mar Mansor said...

penah makan mee kari je kat oldtown

aTieYusof Family said...

Kalau dgn nenek memang anak2 nak mengendeng..manja..hehe..
sala kenal ya..follow sni #431 :)

AMIIZAA said...

salams jumaat fida...menjenguk kesini:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart