Wednesday, October 8, 2014

~Berkebun Bukan Hobiku~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Kita sudah berada hari kelapan dalam bulan oktober. Sekejap sahaja masa berlalu. Lagi dua bulan sahaja tirai 2014 akan berlabuh. Entri ini nak bercerita kisah tanaman di rumahku tetapi bukan hasil tanaman daripadaku.

Tangan panas. Bila tanam pokok tak pernah hidup. Pernah aku jaga pokok cili ayah yang segar bugar bila kena je kat aku dia mati. Padahal gembur-gembur tanah je kut. Salah aku ke salah pokok cili tu. Baiklah nak cerita kat rumah yang rajin menanam segala bagai adalah abang jebat. Suami akulah. Aku cuma memantau je nak memberi cadangan. Bab nak menjaga bukan memang tak amik port. Jadi isnin masa hari cuti aku melawat kawasan keliling rumah. 

Pokok ni apa ke namanya. Tak tahulah tapi ditanama di pagar belakang. Asben aku nak tutup pagar tu. Dapat tak gambarkan apa yang aku nak sampaikan. Bayangkan sendirilah ye.


Daun limau purut. Ini memang kena tanam. Nak masak senang je petik kat tepi rumah. Sekarang nana jadi mangsa. Dia dah kenal mana satu daun limau. Bila nak guna aku jerit. "Nana, amikkan mama daun limau." Laju je dia pergi petik. Dah besar, dah boleh diharapkan sikit-sikit.

Bunga kertas ni aku beli tau. Beli dari kakak sepupu tapi tahu beli saja. Dari beli tak pernah dok belek. Nak letak baja jauh sekali. Cuma aku akan tanya asben kalau tak berbunga. Bila berbunga sedap sikit mata memandang.

Close up sikit bunga kertas aku. Cantik tak?

Ini bahagaian depan kat tepi rumah.


Pokok serai. Asben baru letak baja tu.

Dan akhir sekali daun pandan. Senang bila tanam sendiri. Nak masak cuma petik saja. Ada tanah sekangkang kera dapatlah dimanfaatkan. Itu sahaja kisah tanaman di sekeliling rumah yang bukan hasil tanaman daripadaku. Bukan hobi aku. Kalau suruh aku menulis blog itu memang hobi masa kini. Hehehe..Berjam-jam melangut depan komputer pun mampu lagi. Hehehehe...Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                          


4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kalau tak minat lain jadinya Fyda. Kakak memang suka sebab itu membelai selalu selagi ada peluang

ps: sayangnya semua gambar tidak dpt kakak tatap di N3 Fyda ni.

AMIIZAA@Mieja said...

bestnya abg jebat suka berkebun....bersih tak der rumput...:)

Kakzakie Purvit said...

Ok Fyda dah nampak gambarnya:)

Monalita Mansor said...

saya ada berkebun jugak. tapi kebun kecik aje. saya suka berkebun sebab boleh bercakap dengan pokok2