SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, October 6, 2014

~Resepi Ikan Siakap Masam Manis~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat malam semua. Hari ini entri mengenai masakan sahaja. Ini menu aku masak minggu lepas sebelum asben pergi berkursus. Baru berkesempatan mahu berkongsi resepi di sini. Bolehlah tengok dan sesiapa mahu mencuba dipersilakan. Aku pun seperti biasa gunakan khidmat encik google dan diolah sedikit.

RESEPI IKAN SIAKAP MASAM MANIS

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan siakap sederhana
  • 1 labu bawang besar - dhiris
  • 5 ulas bawang putih - dihirs
  • 1 inci halia - dihiris
  • Lobak yang dipotong dadu (ikut banyak mana)
  • Capsicum merah dan kuning - potong dadu
  • Nenas dalam tin - dipotong dadu
  • Tomato - dipotong dadu
  • 2 sudu cili kisar
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  •  sudu besar sos plum
  • 1/2 cwn air
  • Garam, serbuk kunyit, tepung jagung
  • Sedikit daun sup
  • Minyak masak secukupnya


Ikan yang telah dibersihkan dilumurkan dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian lumurkan pula denan tepung jagung. Ini untuk meranggupkan ikan.


Kemudian gorengkan ikan dalam minyak yang panas.


Ikan yang telah siap digoreng. Tertanggal sedikit ikan tu.

Cara Memasak
  1. Ikan dibersihkan, kelarkan permukaan ikan, cuci dan toskan.
  2. Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga garing sedikit. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dulu.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan-bahan hiris sehingga naik bau. Kemudian tumis pula cili kisar hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos plum. Tuangkan sedikit air untuk yang mahu lebihkan kuah. Biarkan  mendidih sambil digaul rata. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Apabila kuah sudah pekat, masukkan nenas, lobak, capsicum dan tomato yang sudah dipotong kecil. Kemudian hiriskan cili merah dan masukkan ke dalam kuah.
  6. Setelah siap dan cukup rata, matikan api dan bolehlah dicurahkan kuah ke atas ikan siakap yang sudah digoreng tadi. Taburkan dengan daun sup yang sudah dipotong kecil.
Inilah rupa ikan siakap masam manis air tanganku. Bila melihat asben dan anak-anak makan penuh selera hilang rasa penat di dapur. Selamat mencuba! Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart