Monday, October 6, 2014

~Resepi Rendang Ayam~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang. Hari ini seharian bermarathon menulis dan mengemaskini blog. Jadi entri santai petang aku mahu kongsikan resepi rendang ayam versi aku. Belajar dari emak dan aku ubahsuai ikut resepi google juga. Mentang-mentang mahu belajar dan menjadi pula rendangnya jadi aku titipkan di sini. Sekadar perkongsian.





RESEPI RENDANG AYAM

Bahan A (Dikisar) :
1 labu bawang besar
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

Bahan B :
Ayam (ikut berapa banyak)
1 kotak santan
Serbuk kari
1 paket kerisik
Asam keping
Cili kisar
2 helai daun kunyit
5 helai daun limau
2 sudu besar gula melaka (diracik)
Garam secukup rasa

Cara Memasak:-
  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali besar. Bila sudah kekuningan masukkan 10 sudu besar cili kisar dan kacau sebati atas api perlahan. Tumis hingga benar-benar garing. Kemudian masukkan 2 sudu besr serbuk kari.
  3. Kemudian masukkan ayam yang sudah dibersihkan. Selepas itu tuang sedikit santan. Kalau pekat sangat, tuangkan sedikit air.
  4. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala dan tuang kesemua santan.
  5. Masukkan garam, gula, kerisik, asam keping, daun kunyit, daun limau dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  6. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.
Itu sahaja perkongsian petang ini. Bolehlah mencuba memasak rendang yang pelbagai versi. Lain orang, lain caranya. Selamat mencuba! Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

No comments: