Friday, October 10, 2014

~Cuti Sempena Hari Jadi TYT~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Salam jumaat. Semoga kalian baik-baik dan sentiasa di bawah lindungan-Nya. Amin. Hari ini hari berehat. Cuti kan. Warga Melaka hari ini cuti sempena hari jadi TYT. Memang heaven bila hari cuti ni. Tak perlu berserabut kepala dan berkelam-kabut.

Malam tadi dapat berjaga hingga ke pagi menyiapkan tugasan. Ada tugasan yang perlu diselesaikan sebelum dateline. Rahsialah. Tak perlu tahu sebab belum menjadi.

So berjagalah untuk menyiapkan. Bersengkang mata. Ada masa macam nak hantuk saja kepala ke dinding sebab tak datang pula di saat diperlukan. Itu yang sempat menulis blog. Itu sahajalah. Jadi untuk orang Melaka, selamat bercuti! Aku cuti empat hari. Selasa baru kerja. Lagi syokkk. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,