Saturday, October 18, 2014

~34 Tahun Usianya~

Teks : Fyda Adim
Foto : FK Kreatif

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Sudah menjengah ke hari sabtu. Sekejap sahaja masa berlalu. Beberapa hari lagi kita akan menghabiskan bulan oktober. Entri ini sepatutnya ditulis semalam namun mood mahu menulis tidak sampai. Itu yang tertangguh.

Semalam, tanggal 17 Oktober adalah ulangtahun kelahiran suami tercinta. 34 tahun genap usianya semalam. Alhamdulillah. Semoga suamiku sentiasa di bawah lindunganNya. Memandangkan semalam dia tiada kerana bekerja di luar Melaka makanya tiada sambutan. Cuma aku ada buat kejutan untuk dia awal sehari. Nanti aku ceritakan di sini.

Buat suamiku, selamat hari lahir. Semoga dalam peningkatan usia ini akan mematangkan diri abang. Semoga abang akan menjadi lebih baik dan sentiasa diberkati Allah. Itu sahaja ucapan ringkas daripadaku buat suami. :D

Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

1 comment:

Monalita Mansor said...

selamat hari lahir abang...erk..suka.
Abang Fyda la.
Muda lagi - go for a football team...hehehe