SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, October 6, 2014

~Menu Aidiladha~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Hari ini bersantai di rumah sahaja. Asben keluar pergi betulkan kereta. Melayang lagi duit. Tadi asben whatsapp kata gasket radiator dah haus. Lepas satu, satu yang rosak. Jadi program hari ini untuk berjalan-jalan terpaksa dibatalkan. Kalau sempat kereta siap nak ke hospital saja.

Ada masa terluang sementara menunggu mesin basuhkan baju-baju aku, ini yang mencari masa untuk menulis. Ada kerja yang belum dapat aku sambung. Dalam fikiran, sudah terlintas apa yang mahu disambung. Untuk menu Aidiladha, tahun ni aku masak sendiri di rumah. Selalunya bila hari raya aku lari masak kat rumah mak. Tetapi tahun ni aku mahu mencuba masak sendiri.

Displaying IMG-20141005-WA0001.jpg
Percubaan pertama masak kuah kacang. Ini tak masuk senarai aku sebenarnya. Sekali buka kabinet dapur nampak kacang tanah tergolek baik dalam kabinet. Aku beritahu asben dan dia kata suka makan. Dengan syarat dia kopekkan kulit kacang. Inilah hasil kuah kacang pertamaku.

Displaying IMG-20141005-WA0002.jpg
Menu kedua adalah rendang ayam. Percubaan pertama juga. Selalu tengok mak masak kali ni aku masak sendiri. Nasib berjaya. Sebelum mula masak berdebar-debar risau takut tak menjadi. Ada yang jadi rendang tong pula. Tapi alhamdulillah. Menjadi!

Displaying IMG-20141005-WA0003.jpg
Dan akhir sekali cheesetart ni kakak sepupu yang order. Gigih buat shell dia tengah malam. Satu adunan untuk dia je. Kat rumah aku simpankan sikit je. Tapi rasa kena buat lagi sebab mak aku sound semalam untuk dia tak ada ke. Huhuhu. Butter sudah pun aku keluarkan. Ambil masa nak cari mood. Huh!

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

1 comment:

monalita mansor said...

cheese tart tu boleh post ke cam sodap yo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart