Thursday, October 9, 2014

~Keluar Hospital Hari Ke-22~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Hari ini last kerja sebelum cuti selama empat hari. Esok memang orang Melaka bercuti sempena ulangtahun kelahiran TYT. Isnin pula cuti sebab bondaku ke klinik. Entri ini mahu bercerita kisah ayahanda aku.

Semalam hari yang ke 22 ayah aku berada di hospital. Sebelah petang masa mak aku pergi hospital doktor beritahu ayah sudah boleh pulang. Alhamdulillah. Selama 22 hari berulang alik ke hospital. Letih. Mak pun penat. Memang terkejar-kejar masa. Aku mana nak uruskan anak-anak sebelah petang. Mana susah hati fikirkan ayah.

Masa ini ayah kena masuk antibiotik sebab doktor sahkan dalam darah ada kuman. Sepuluh hari ayah kena drip.

Masa ni ayah sudah bertukar wad. Dari C3 ke AG yang menempatkan semua pesakit buah pinggang.

Dan hari selasa, ayah aku selamat melakukan tapak di leher. Inilah gambar ayah selepas melakukan pembedahan kecil itu. Ngeri! Mula-mula buat kat leher tapi tak menjadi. Kemudian doktor buat tapak kat kelengkang. Masa aku diberitahu ayah akan dibuat tapak pada leher hati sudah tidak keruan. Terngiang-ngiang masa ayah beritahu sakit masa pertama kali buat tempohari. Doa tidak putus-putus. Semoga ayah dapat melawan sakitnya. Alhamdulillah. Ayah keluar dan dia beritahu tidak sakit pun. Amin. Bersyukur sangat-sangat.

Itu sahaja entri mengenai ayahandaku. Semalam petang lega bila melihat wajahnya ceria pulang ke rumah walaupun belum berapa kuat. Cucu-cucu yang menunggu di rumah seronok tengok atok. Semoga ayah aku kuat semangat dan diberikan kesihatan yang baik. Amin. Korang doakan ye. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

3 comments:

Hanisah Mat Azit said...

Alhamdulillah.... ayah fidah dah keluar hospital... semoga ayahnya sihat2 selalu....

AMIIZAA@Mieja said...

salams fida,

kesiannya ayah fida, lama jugak dah tu kat hospital. moga ayah cepat sihat amin...

ibuayu said...

Semoga ayah fyda cepat sembuh...