SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, October 7, 2014

~Bergambar Sempena Ulangtahun Kelahirannya~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri & Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat tengahari semua. Makan apa untuk tengahari? Aku ada bawak bekalan dari rumah. Kembali memasak setelah seminggu tidak bawa bekal. Jadi kembali ke pangkal jalan. Hehehe. Misi berjimat cermat itu penting.

Jumaat lepas adalah hari lahir sahabat saya dan juga blogger Mira Mokhtar. Bolehlah terjah blog dia. Genap usianya 23 tahun. Beza dengan aku 8 tahun. Walaupun jarak umur kami jauh beza tetapi tidak menghalang kami untuk berkawan dan berkongsi kegemaran yang sama. Apakah? Rahsia. Tak boleh dikhabarkan di sini nanti ada orang suka perli-perli. Walhal tak kacau pun hidup depa. Mungkin satu kepuasan kut kalau dia dapat memerli. Tak apalah. Buatlah.

Displaying C360_2014-10-03-09-07-11-787.jpg
Jadi untuk melayan permintaan besday girl, aku diajak bergambar. Layankanlah. Oleh sebab bergambar dengan orang muda, maka aku pun haruslah buat gaya muda. Tak mahu nampak seperti remaja purba. Iye dak? Peace!

Displaying download_20141006_114055.jpeg
Gaya bergambar yang entah apa-apa. Jadilah. Aku tulis dekat IG remaja purba bergambar bersama remaja muda. Mira balas balik macam dia yang nampak remaja purba. Hahaha..Geli hati. Itu sahaja kisah kami berdua. Akhir kata, ucapan buatnya walaupun aku dah buat ucapan dekat IG. Selamat ulangtahun kelahiran. Semoga sentiasa ceria, dimurahkan rezeki dan cepat dipertemukan jodoh. InshaAllah. Amin.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart