SUKA ENTRY DI SINI???

Thursday, October 30, 2014

~Kesilapan~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Kesilapan...Selagi kita bergelar sebagai manusia di muka bumi ini, makanya kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Kalau tidak melakukan kesilapan bukan manusialah namanya. Aku juga begitu. Barangkali orang yang banyak melakukan kesilapan.

Kesilapan yang telah dilakukan harus diperbaiki saat kita sedar yang kita sudah banyak silapnya. Silap besar jika kita gagal belajar daripada kesilapan tersebut. Jangan sekadar menyesali akan kesilapan itu namun kita harus perbaiki agar tidak mengulangnya lagi, lagi dan lagi.

Manusia mudah alpa. Adakalanya terleka. Terlalu taksub dengan hal dunia hingga tanpa sedar tentang kesilapan yang sedang dilakukan. Nauzubillah. Kesilapan mengajar kita menjadi manusia yang sebenarnya. Orang yang dapat belajar daripada kesilapannya adalah sangat beruntung. Jika benar dia menyesali akan perbuatannya, dia sebenarnya telah belajar sesuatu yang sangat berharga untuk dirinya. Orang yang pernah melakukan kesilapan mungkin akan menjadi lebih baik daripada kita. Siapa tahu bukan?

Hanya jangan diulangi lagi kesilapan itu. Belajar dan perbaiki segala kelemahan demi meneruskan kehidupan harian. Adakalanya kesilapan itu memberikan tekanan pada diri kita sendiri. Namun berusahalah untuk berubah. Berubah demi kebaikan. Sentiasa berdoa agar tidak mengulanginya. Jadikan kesilapan itu sebagai muhasabah diri. Pasti ada ganjarannya. Bagaimana pula kemaafan daripada kesilapan itu? Berikan peluang. Sejauh mana penyesalan itu, hanya diri kita sendiri yang mengetahui. Jika boleh diundur masa, pasti kita tidak melakukannya! Semoga dijadikan peringatan buat diri yang kerdil ini dan buat kita semua.

Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

1 comment:

Kakzakie said...

Rasanya memang tak ada org tak buat silap. Apa yg silap mengulangi kesilapan yg sama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart