Monday, October 6, 2014

~Salam Aidiladha Buat Semua~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi. Jam sudah menunjukkan ke angka satu. Baru berkesempatan untuk menitip sesuatu di blog kesayangan. Ini pun menaip di telefon bimbit. Huh! Tak suka sebenarnya tapi terpaksa.

Semalam sibuk menyiapkan persiapan Aidiladha. Mahu memasak sesuatu kali ini di rumah sendiri. Selalu bila raya masak kat rumah mak. Tahun ini mahu cuba masak sendiri. Percaya? Kena percaya. Hihihi..

Rasanya masih tidak terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Semoga kita sentiasa mensyukuri nikmat yang diberi.


Akhir kata, mohon maaf andai ada tersalah bicara dan tersalah tulis di blog ini. Maaf zahir batin daripada aku dan keluarga. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,
Fyda Adim
posted from Bloggeroid

2 comments:

Monalita Mansor said...

Salam aidil adha fyda dan keluarga. taqabballah hu Minna wa Minkum. Jgn lupa jenguk gmail. ada titipan

adianiez AIDA said...

tema raya kita sama - cekelat :-)