Wednesday, October 16, 2013

~Hari Blur~

Assalamualaikum...

Selamat hari rabu.  Rindunya nak menulis.  Rindu nak tulis blog, rindu nak tulis benda yang sedang ditulis.  Oh terpaksa dihentikan seketika sementara mahu menyihatkan badan sepenuhnya.  Kepala belum sebetulnya elok.  Masih lagi mabuk kepayang.  Terpaksa telan ubat tambah darah.  Tak suka!Busuk!Tapi demi mahu kembali aktif cergas seperti sebelumnya terpaksa juga telan.

Lagi dua puluh dua hari mahu tempuh hidup bertiga.  Kena kuatkan diri juga demi anak-anak.  Memang sesekali down.  Kena sentiasa ada kawan yang untuk dijadikan teman bergelak ketawa.  Mira Mokhtar, sila buat saya kembali tergelak!Hehehe...Tapi tadi dah dapat melepaskan rindu bergelak ketawa dengan dia.

gambar dari google

Gambar di atas tak ada kaitan dengan entri.  Sekadar penyedap mata saja.  Sampai-sampai pagi tadi terus terjah si Mira Mokhtar cerita pasal drama hot di TV3.  Apa lagi kalau buka LYMA tu.  Sweet tol cerita tu.  Jangan aku terpengaruh pi beli novelnya nanti.  Hari ni aku dah mula kerja tapi datang kerja semacam je.  Blur!Tengok surat atas meja berlambak tapi tak tahu mana patut dimulakan.  Pegang itu nak buat, pegang ini nak buat.  Sudahnya kepala pening!Ah sudah!!


                                                                                                                                                   

1 comment:

Cho Zila said...

gambar yang menenangkan jiwa... kalau boleh nak terbang ke sana juga.. tenang...