Pages

Sunday, October 20, 2013

~18 Days To Go~

Assalamualaikum....

Selamat hari ahad.  Selamat berhujung minggu buat semua.  Aku dan anak-anak macam biasa.  Di rumah sahaja.  Dah puas melayan anak-anak aku membawa diri ke bilik kecil.  Bukan bilik melepaskan hajat ye.  Bilik kecil tempat aku meluahkan segala rasa di sini.  Membaca majalah, menghadap komputer, menaip, menaip dan menaip.  Itu sudah dijadikan daripada sebahagian hidupku.

Hari ni sudah pun menginjak ke 20 Oktober 2013.  Ini bermakna masih ada 18 hari lagi untuk pergi.  Selak kalendar jangan cakaplah.  Sudah hampir setiap hari diselaknya.  Kira ada lagi berapa kali hujung minggu, kira ada berapa kali nak jumpa hari jumaat.  Kadang annonying dengan diri sendiri.  Huhuhu..Hati ini sesekali mengelonjak girang sebab hari yang ditunggu-tunggu akan tiba.  Tidak sabar mahu bertemu.  Tidak sabar mahu kembali berempat.  Segalanya yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata lagi.  Ouchhh tiba-tiba sebak pula.  Maklumlah sejak ketiadaan laki, hati ni cepat sensitif.  Ngada-ngada je bunyinya.

Oklah, mahu sambung menonton movie.  Malam tadi aku tengok drama lakonan Nora Danish dan Farid Kamil.  Kemudian aku ceritakan ye.







                                                                                                                    

No comments: