Pages

Thursday, October 24, 2013

~Hari Ini Hantar Adriana~

Assalamualaikum...

Selamat pagi lagi.  Hari ini tiba lewat sedikit ke pejabat kerana menghantar anak daraku yang sorang tu.  Dari hari isnin merengek-merengek minta dihantar.  Tetapi aku kata 'Mama kena cepat sebab asyik lambat je.'  Punch asyik nak kena minta sign je bila lambat.

Tadi pun kena hantar sebab nak jumpa cikgu kelas adriana.  Ada perkara mahu dibincangkan dengan cikgunya.  Esok adriana ada tarian lagi sempena Hari Kanak-kanak.  Lepas tu aku tanya pasal peperiksaan adriana yang sedang berlangsung, kemudian beritahu sekali tentang program kami bulan november ini.  Adriana nak bercuti.  Banyaklah tadi dibualkan dengan cikgunya.  Sampai pun taklah lambat sangat sebab aku pecut kalah Schumacher.  Eh, betul ke ejaan tu.  Maklumlah si Mira Mokhtar suruh cepat sikit sebab dia sudah lapar.

Adriana yang bergaya macam-macam kalau bergambar.  Ini sebenarnya koleksi gambar yang aku ambil beberapa minggu lepas.  Masa ni nak whatsapp pada papanya.

Itu kelas adriana.  Lepas hantar dia ke kelas aku pun meneruskan perjalanan ke pejabat.  Itu sahaja kisahnya sejak hubby tiada.  Kena uruskan semua sendiri.  Berdikari kata hubby.  Berdikarilah sangat!!!:D







                                                                                                        

1 comment:

adianiez AIDA said...

aida yg ada asben 24 jam ni memang berdikari 24 jam. anak2 aida yg urus. asben akan cover bila ada masalah... ha ha ha...