Thursday, October 31, 2013

~Rutin Harian Adriana~

Assalamualaikum..

Selamat petang semua.  Penutup bulan oktober hari ini.  Sibuk sedikit menyiapkan kerja apabila aura mahu bercuti itu sampai.  Kalau boleh nak bercuti dengan tiada kerja yang ditinggalkan.  Balik cuti buat yang sediada sahaja.

Nak kongsikan serba sedikit mengenai rutin harian anak dara aku.  Tidak ada apa yang menarik pun cuma sahaja mahu bercerita.  Mahu hilangkan kemengantukan aku ni.  Mata berpinar dari tadi.  Seperti biasa setiap hari Adriana ke tadika.  Kemudian balik tengahari Adriana akan ke transit.  Cikgu di transitnya datang jemput di sekolah.

Sebelah petang di transit ada masa aku akan datang jemputnya.  Kadang cikgu dia hantar balik ke rumah mak aku.  Tunggu mama balik.

Sebaik aku sampai rumah mom, aku suruh dia bersiap pula.  Balik sekolah mesti lepas hajat dia dulu.  Hisap sebotol dulu susu.  Kalau tak memang tak gerak.  Nyonyotlah botolnya sambil berbaring dan menggentel bantal busuknya.  Huisshhh...Perangai siapalah diikutnya siap ada bantal busuk.  Aku memang tak ada.  Papalah kut.  Sudah selesai minum susu, bersiap untuk mengaji.  Mama hantar jalan kaki je sebab dekat.

Inilah rumah ustazahnya.  Kebetulan ada gambar masa aku tunggu adriana habis mengaji.

Inilah muqaddamnya.

Rekod penilaian harian untuk adriana.

Inilah rekodnya.  Aku ni tak berapa reti tulisan jawi ni.  Merangkak nak baca.  Huhuhu.  Harap Adriana dapat mengaji dengan lancar.  Sentiasa terang hati dan bolehlah cepat khatam Al-Quran.  InshaAllah...Itu sahaja kisah rutin harian anak daraku itu.

Sekian...






                                                                                                         

No comments: