Wednesday, October 30, 2013

~Dilanda Kerisauan~

Assalamualaikum...

Selamat pagi.  Entri ini tiada lagi wordless ya!Bolehlah menaip panjang berjela.  Kerisauan mula melanda diriku sejak semalam apabila Ammar pula tidak sihat.  Adriana mula demam hari ahad kemudian isninnya dia tidak ke sekolah.  Semalam nampak si kakak kembali cergas dan dia ke sekolah.  Sebelah petang sebaik sahaja aku sampai di rumah rasa badan Ammar dah mula rasa panas.  Bukan sahaja demam dia muntah-muntah juga.

Hati sudah tidak keruan.  Mula datang kerisauannya.  Adoilah anak-anak.  Janganlah tidak sihat.  Mama sangat-sangat susah hati.  Aku terus makankan Ammar ubat demam.  Harap demamnya tidak berpanjangan.

Ammar selepas diberi ubat demam.  Lepas habis minum sebotol susu ni yang Ammar muntah.  Selambak oi.  Gambar ni diambil untuk bagi papanya tengok.  Aku hantar melalui whatsapp.  Risau papa kat sana.  

Dalam masa demam senang hati angkat kaki.  Memang paternnya kalau berbaring angkat kaki cam gini.  Ammar oh ammar.  Aku pesan dengan anak-anak aku.  Cepat baik demam.  Minggu depan kita nak pergi holiday.  Harap anak-anak aku sihat sahaja.  Mungkin masing-masing sedang menanggung rindu.  Rindu yang sudah tidak tertanggung lagi.  Harap semuanya cepat sembuh kembali seperti biasa.  Amin...Doakan ya!

Sekian...






                                                                                                          

3 comments:

Fiza Rahman said...

Anak kalau tak sihat memang hati ibu rasa tak tenang. Smoga anak2 cpt sembuh.

.:fyzz:. said...

cian ammar..moga cpt sembuh sayang

adianiez AIDA said...

silang kaki tu sama mcm anak2 dara aida :-)