Wednesday, October 16, 2013

~Di Suatu Petang~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...Tajuk pun ada bunyi petang kan?hehehe..Memang masa kejadian ini waktunya petang sekembalinya aku dari kerja.  Kalau tak silap ini cerita rabu dia minggu lepas.  Betullah, aku nak ke aeon bandaraya atas suatu sebab.

Entri yang tertangguh sebab tak sihat.  Maka entri ini ada dalam draft aje.  Lepas balik kerja, terus balik ke rumah.  Kemudian bersiap dan berdesup ke aeon.  Aku memang tak suka nak keluar malam-malam ni.  Bukan aku tak keluar malam tetapi kalau aku yang drive memang aku tak suka nak keluar malam.  Cuak sikit.  Kalau orang lain drive aku tak kisah.  Tengahmalam pun tak apa. 

Jom tengok gambar..

Ammar duduk diam sahaja sementara mama menanti nombor yang tak dipanggil-panggil.

Dia sudah kebosanan.

Macam-macam dia.

Menunggu turn di sini memang lama.

Lepas settle bayar terus aje ke food court.  Masing-masing sudah kelaparan.

Mereka bertiga.  Kenapa Nayli tercengang itu?

Seperti biasa makanan aku adalah ini.

Wantan mee.  Kalau laki aku tengok mesti berbulu je.  Asal datang sini makan ni.  Tak nak ubah-ubah ke?Hehehe...

Lepas makan bawak anak-anak ke playground.

Yang dua berbaju oren itu adalah anak-anak saya.

Yang tepi tu berbaju biru adik ipar dan anaknya.  Lepas beberapa minit memenatkan mereka di sini, aku panggil mereka balik.  Letih nak tunggu.  Itulah ceritanya.  Mengisi masa yang ada sepanjang ketiadaan suami di sisi.

Sekian...








                                                                                                        

No comments: