Monday, October 21, 2013

~Selamat Pagi Isnin~

Assalamualaikum...

Hari ini sudah masuk ke minggu ketiga dalam bulan oktober ini.  Betul tak aku kira?Dulu sekolah matematik failed.  Huhuhu.  Dan hari ini bermakna masih berbaki tujuh belas hari lagi mahu bersua dengan asben.  Hati tidak keruan mahu sampai ke hari yang ditunggu-tunggu.  Jiwa sesekali meronta-ronta.  Kalau punya sayap mahu sahaja aku terbang ke sana.  Imaginasi nak tinggi je.  Sejak berjauhan ni, mandi tak basah, makan tak kenyang dan tidur pun tak lena.  Hah, poyo aje bunyinya.  Kalah orang bercinta.  Itu nikmat berjauhan seksanya hanya yang menanggung sahaja yang tahu.

Oleh itu, just nak ucap selamat pagi dan selamat menjalankan tugas pada yang bekerja seperti aku ini.  Mencari rezeki untuk anak-anak.  Semoga hari ini akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik, lebih indah dari semalam.  InshaAllah.  Mudah-mudahan.  Siapa yang tidak mahu kan?

Sekian...








                                                                                                                    

1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Lagi 17 hari je Fida... rasanya memang dah tak sabar benar kan. Siang-malam menghitung hari.