Tuesday, October 15, 2013

~Salam Aidiladha Daripada Keluarga Apen~

Assalamualaikum...

Baru berkesempatan mahu menulis di blog picisan ini setelah beberapa hari ketiadaan nafsu nak update blog.  Jangan kata update nak log in pun tak mampu.  Nafsu makan pun hilang entah ke mana.  Lambat makan mulalah angin satu badan.  Masuk makanan je muntah.  Semua serba tak kena.  Entah apa yang tak kena.  Diri ni lemah, lesu dan bermaya.  Mana semuanya pergi?

Tapi hari ini algamdulillah, diri semakin pulih.  Kepala masih lagi pening-pening lalat.  Mabuk kepayang. Adui pening pening dan pening.  Nak-nak lepas makan iron tablet.  Ohmaaiii memang tak boleh blah dengan baunya itu.  Tapi sebab nak baik kenalah telan juga ubat-ubat itu.  Aku kembali peroleh semangat yang hilang.  Walaupun semangat itu datang cuma sekejap tapi sekurang-kurangnya adalah daripada tak ada.  Baru tahu erti setiap kerinduan yang dilalui.  Boleh menitis air mata tatkala menaip.

Oklah, tak nak emosi-emosi.  Dah janji dengan diri sendiri kena kuat bertahan untuk 3 minggu je lagi.  Sesekali memang hati akan terusik.  Apa-apa pun masih tak terlambat aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.  Semoga hari raya korban ini amat bermakna buat kita semua.  Salam aidiladha daripada aku sekeluarga.

No comments: