Pages

Friday, October 25, 2013

~Bersyukur Seadanya~

Assalamualaikum...

Selamat pagi jumaat.  Hari yang aku tunggu sebab hari akhir aku bekerja minggu ni.  Bermakna ada 13 hari lagi dan ada jumaat depan je.  Jumaat lagi satu aku sudah holiday!!!Kenapalah bila dihitung terasa lambatnya berjalan masa ini.  Esok dan lusa tak terasa sangat sebab hujung minggu kan.  Selalunya akan sibuk menguruskan anak-anak.  Oh hujung minggu ni sibuk ke kenduri kahwin.  Tahu-tahu dah hari isnin. 

Ok berbalik kepada tajuk.  Sebab aku ni suka mukadimah panjang-panjang.  Tajuk tentang Bersyukur.  Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.  Jangan sentiasa merungut tentang apa yang terkurang pada diri ini.  Walaupun kadang diri ini mengeluh sampai terasa diri ini tidak bersyukur.  Jangan kufur nikmat.

Aku kongsikan ayat di bawah yang aku ambil dari sumber mana entah.  Aku pun dah lupa sebab sudah lama dalam komputer baru hari ini nak dikongsikan bersama.  Cukuplah sampai sini dulu entri pagi ini. 








                                                                                                        

No comments: