Friday, October 18, 2013

~Episod Akhir Kampung Girl~

Assalamualaikum....

Siapa tengok drama Kampung Girl?Sila angkat kaki!Eh, silap.  Sila angkat tangan!Drama Kampung Girl yang disiarkan di slot Zehra tv3 setiap hari jumaat jam 9 malam.  Lakonan Nad Zainal dan Akim.  Aku tengok gak.  Semua sebab terpengaruh dengan si Mira Mokhtar.  Dush dush dush.  Malam ni episod akhir ye kawan-kawan.  Mira Mokhtar sudah habis baca novelnya.  Trend kita orang drama adaptasi novel mesti nak beli novelnya sekali.

So, malam ni jangan lupa temujanji dengan Abang Ash dan Ain.  Mereka berdua juga sweet seperti gula dalam drama ini.  Sama seperti pasangan dalam Love You Mr Arrogant.  Laki den suruh kurangkan tengok drama melayu.  Ate dah minat mana boleh nak kurangkan.  Habis nak tengok cerita apa kat tv tu.  Cerita omputih aku kurang gemar.  Tapi adalah cerita omputih yang aku tengok gak.  Nanti aku fikirkan cerita apa.

So, dah dua kali so.  Jangan lupa saksikan episod akhir drama ini.  Apakah kesudahannya nanti?Pasti sweettttt.

sumber gambar google
Lirik Sedia Bercinta Lagi - Keroz Nazri

Sedia Bercinta Lagi - Keroz Nazri
Gemuruh cinta datang sapa hatiku
Tak semena-mena akal digaru ingin tahu
Apa rasa diri disayangmu
Oh adakah indah
Mungkah kau kan jemu
Tak mungkin dapatku tahu warna cintamu
Biru merah atau pesona ungu yang jujur
Selagi pintu hati terkunci
Oh..tibakah masa
Aku bercinta lagi

Sayangku tolonglah
Berikan ku tanda
Bisik kata cinta
Atau tulis nota
Aku kan terima
Buat apa saja
Asal ku tahu kau dah sedia

Chorus:
Kau punca gelora jiwa
Senyumku walau sekadar
Dalam mimpi kau menjelma
Kita mampu membina sejarah kasih berbeza
Sedia bercinta lagi

Sayangku tolonglah
Berikan ku tanda
Bisik kata cinta
Atau tulis nota
Aku kan terima
Buat apa saja
Asal ku tahu kau dah sedia

Chorus:
Kau punca gelora jiwa
Senyumku walau sekadar
Dalam mimpi kau menjelma
Kita mampu membina sejarah kasih berbeza
Sedia bercinta lagi







                                                                                                        

No comments: