Monday, October 21, 2013

~Kisah Jumaat Aku Dan Bff~

Assalamualaikum...

Masih lagi di hari yang sama.  Entri kedua untuk hari ini.  Terlebih rajin untuk menaip.  Sebenarnya ini telah ditaip dan dikarang lebih awal dan hanya autopublished sahaja.  Jumaat malam sabtu anak-anak punch out awal, sejurus selepas menonton drama Kampung Girl aku pun menuju ke komputer seperti biasa.  Jari jemari sudah gatal mahu menari-nari di atas keyboard.

Okey, nak cerita kisah jumaat aku bersama bff aku.  Seperti biasa bff aku di office Kak Nisah dan Mira Mokhtar.  Tapi jumaat tu hanya menghabiskan masa bersama mira mokhtar sebab Kak Nisah tak nak join.  Jumaat tu aku ajak mira mokhtar lepak di aeon lama waktu lunch.  Masa lunch panjang.  Hati pulak mahu berjalan-jalan.  Itu yang ajak mira lepak.  Terkejut minah tu bila si tua ini ajak dia berlepak-lepakan.  Huhu.  Apa kamu fikir tua ni tak pandai melepak.  Hehe..Ajak Kak Nisah tak mahu pula.  Mahu qada tidur.  Maklumlah lepas jaga anaknya yang baru baik demam.  Biasalah kalau ada anak kecil ni.  Macam-macam.

Jadi berdua-duaanlah ke aeon menaiki kereta comelku.  Nasib sudah dibetulkan segala masalah tayar kereta.  Jadi nak memandu pun tidaklah teragak-agak.

Berhenti di lampu isyarat aku snap gambar makcik ni.  Sempat pula nak membaca bagai dalam kereta.  Dibiarkan aku memandu sendiri.  Dia sibuk melayan si irham tu.  Nak aje aku campak buku tu keluar.  Bhahaha....Dan yang paling tak menahan siap bawa novel ni dalam handbeg masa turun ke aeon.  Cuba kalau aku nak tumpang barang, bising mulut macam mak nenek.  Nanti putuslah, apalah.  Yang dipikul novel LYMA tu steady je.  Hehehe...

Sebelum ke aeon berhenti kat kedai ni dulu.  Nak uruskan pembelian kanta untuk ayah aku sebab Disember ni ayah aku akan menjalani pembedahan mata.  Settle sini baru ke aeon.  Jom...

Sudah sampai aeon terus terjah food court dulu.  Masing-masing dah kelaparan.

Aku harus enterframe.  Ohhhh wajah banyak bintik-bintik.  Harus tepek bedak seinci tapi nanti orang kata tak natural pulak.

This one is for me!!Hari tu makan mee sup.

Ini pula untuk si mira mokhtar.  Cili tu si makcik tu makan sampai berasap.  Tu lah, sape suruh kau gelojoh sangat.  Hahaha....

Settle makan dan urusan membeli bahan bacaan marilah kita pulang.  Selamat tinggal aeon.  Gambar ni mira mokhtar yang snap.  Nak snap gambar aeon tapi lebih fokus pada sticker kat cermin tingkap tu.  Macam nak promote blog je.  Hehehe...

Oklah, sekian entri kedua untuk hari ini.  Adakah entri ketiga untuk hari ini??Tunggu dan lihat saja.






                                                                                                                      

1 comment:

mira mokhtar said...

bgus betul la kamera akk tu blh ilh jerawat kat muka i bahahahahah