Tuesday, October 22, 2013

~Novel Love You Mr Arrogant~

Assalamualaikum...

Selamat pagi selasa.  Apa khabar?Perasaan sudah makin mahu ceria.  Hari ini sudah berbaki enam belas hari.  Jadinya setiap hari aku mahu menghitung sampailah ke hari sepatutnya.  Tak sabar sebenarnya.  Mahu terbang ke sana untuk bertemu hubby.  Bye mira mokhtar.  Saya mahu pergi holiday.  Tinggal kamu di office yang awesome ini!:D

Entri ini kesinambungan daripada entri INI.   Hari yang sama aku beli novel ini selepas makan di food court Mydin.  Cakap dengan mira nak beli juga novel LYMA.  Hati tak menahan.  Terus terjah kedai buku.  Beberapa kali fikir.  Nak beli tak, nak beli tak.  Akhirnya beli juga setelah mendapat kata sepakat kami mahu share membeli novel ini.

Aku share seorang RM9 dengan Mira Mokhtar.  Tengok betapa sengkeknya sampai novel pun nak share.  Hehehe.  Sebenarnya aku tengah nak berjimat cermat tapi sebab novel ini menggamit-gamit makanya kami buat keputusan di dalam kedai itu juga. 

Tak kisahlah, nanti siapa nak simpan novel ni bayar je penuh.  Tak susah dan tak menjadi hal.  Kata aku pada mira, kalau gaduh koyakkan bahagi dua.  Sambung mira kena bahagi cukup-cukup muka surat.  Hehehe...

So, inilah koleksi novel yang bakal disusun di dalam almari nanti.  Wah bestnya tengok novel tersusun gitu.  Dah macam library pun ada.  Dengarlah leteran hubby nanti.  Jimat..jimat..jimat.. :D

Cover belakang novel ini. 

See!!Oleh sebab beli secara perkongsian maka nama pun harus ditulis berdua.  Guna nama pena masa masuk ebook competition.  Gedik aje.  So sekarang novel ini mira mokhtar tengah konker.  Tunggu turn aku baca pulak.  Sambil tu drama di televisyen tetap tengok juga.  Best!!!

Sekian...







                                                                                                                     

1 comment:

mira mokhtar said...

bangga pulak sebab nama dalam novel tu guna nama AMIRA :P