Pages

Thursday, October 31, 2013

~Ubat-Ubatan Buat NanAmmar~

Assalamualaikum...

Selamat pagi.  Hari ni hari akhir oktober.  Betul ye???Macam tak percaya je!!Esok sudah november.  Iyeeee, silalah percaya.  Ini bukan cubaan.  Ini betul-betul.   Sememangnya penantian itu satu penyeksaan.  Sekali lagi anak-anak aku jatuh sakit.  Ammar demam, muntah.  Adriana pula demam, selsema, batuk.  Memang pakej jatuh sakit berjemaah dua beradik ini.

Ammar aku tahu.  Dia sudah rindu.  Sudah mula mencari.  Sudah mula sibuk bertanya 'Papa,papa.'  Aku tahu dia rindu cuma tak tahu macam mana nak luah pada mamanya.  Tapi mama faham akan lenggok badan yang ditunjukkan.

Kelmarin jam 2 pagi bangun-bangun nangis.  Bila aku tanya kenapa.  Ammar jawab 'Papa.'  Terkedu tak tahu nak jawab apa.  Pujuk suruh tidur.  Akhirnya tidur dalam sendu si teruna itu.  Macam-macam sudah reaksi yang ammar buat tentang papa.  Mama tukang menjawab pada setiap persoalan yang anak-anak utarakan.  Silap haribulan mama pun sebak.  Huhu...

Malam tadi bawa dua beradik itu ke Poliklinik Wahidah.  Dapatlah bekalan ubat untuk mereka.  Balik rumah terus bagi kakak dan adik ubat.  Kalau ada asben, part bagi ubat kat anak-anak ni memang tugas dia.  Asben tak ada akulah ambil alih tugasnya.

Itulah kisah anak-anak.  Selagi belum sampai harinya selagi itulah macam-macam dugaan.  Harap anak-anak aku sembuh.  Jangan demam ye.  Next week kita nak holiday!!!

Sekian...









                                                                                                         

1 comment:

adianiez AIDA said...

sabar ye anak-anak... papa keje.