Wednesday, October 23, 2013

~Si Do Re Mi~

Assalamualaikum....

Selamat petang.  Hari ini masa sangat-sangat mencemburui aku.  Hanya dapat menaip tiga entri sahaja.  Lagipun hari ini mahu fokus kepada kerja, sambil membuat kerja hakiki sambil melayan perasaan.  Hati gunda gulana dek suatu perkara.  Sejak jatuh sakit tidak dapat melakukan perkara yang sering dilakukan bila waktu malam.  Malas datang menerjah.  Fikiran tidak menentu.  Oklah, lupakan kisah itu.  Mari cerita mengenai kisah Do Re Mi ini.

Tiga orang budak kecil yang umur antara satu tahun hingga lima tahun yang meriuhkan rumah atok dan nenek mereka.  Jika salah seorang tiada memang sunyi sepi rumah itu.  Bermain bersama dan kadang diakhiri dengan pergaduhan kecil.  Sebabnya berebut mainan. 

Inilah wajah-wajah kesayangan aku.  Ammar yang suka menyakat, Nayli yang suka menjerit dan Adriana yang suka mengarah adik-adik itu. 

Gambar ini aku ambil minggu lepas.  Adik aku belikan mainan ni.  Yang berdrum, yang ammar pegang tu apa namanya ye, yang bertrumpet.  Trumpet kan?Ah, aku tak tahu sebab bukan ahli muzik.  Hehehe.

Waktu ni aku sedang sibuk dengan kerja di depan meja solek.  Menulis di situ dan didatangi mereka bertiga membuat persembahan.  Menghiburkan aku yang sedang sibuk memerah otak.  Akhirnya tergendala sebab melayan mereka.  Itu yang sibuk mencapai telefon bimbit sebab nak ambil gambar mereka.  Paling suka tengok gaya Nayli beria memukul drumnya.  Macam-macamlah perangai mereka yang mencuit hati.  Main baik-baik ye anak-anak.  Tak mahu gaduh-gaduh.

Sekian...






                                                                                                        

No comments: