Tuesday, October 8, 2013

~Meniti 30 Hari Lagi!~

Assalamualaikum...

Selamat pagi selasa semua.  Semoga semua sihat-sihat.  Empat hari blog dibiarkan dan terbiar tanpa story.  Tak ada mood.  Mood dah ke seberang je.  Sebenarnya, sabtu dan ahad lepas, aku tak sihat.  Demam.  Maka melepek aje kerjanya.  Kalau melepek ni teringat macam alah mengandung.  Tapi aku tak pregnant ye.  So semalam ceritanya aku MC.  Sabtu dan ahad aku berlalu macam tu aje.  Ahad ye.  Sebut betul-betul.  Nanti orang gelakkan sebutan ahad.  Akuler tu.  Hehehe...

Ini bekalan ubat-ubatan yang aku perolehi hasil lawatan ke klinik semalam.  Dapatlah MC sehari.  Aku ni memang bercintalah nak telan ubat ni.  Tapi gagahkan juga.  Berbalik pada tajuk sebab dah banyak menyimpang, hari ni genap 30 hari je lagi.  Setelah 52 hari berjauhan dengan asben.  Tak sabar nak menunggu ke tarikh itu.  Selgai tak sampai tarikhnya, selagi itu hari dihitung. 

Semoga aku cepat sembuh.  Hari ini dah rasa kurang sikit tapi oleh sebab masih 'on drugs' kepala agak weng sedikit.  Cepat sembuh supaya dapat menempuh 30 hari lagi ni.  Lepas tu holiday!!!

Sekian...






                                                                                                         

2 comments:

siti zuraida Rajab said...

52 hari boleh tunggu takkan 30 hari dah tak sabar kan???

Kakzakie said...

Tambah sayu bila demam en abe pulak jauh tak ada tempat nak manja-manja. Nasib baik ada anak Fida...