Wednesday, July 17, 2013

~Nasi Ayam Rosemary Untuk 4 Ramadhan~

Assalamualaikum....

Selamat pagi.  Masih pagi kan?kenapa lambat sangat masa ni hari ni?huihhh.  Mata ni mengantuk.  Kerja menimbun.  Berhenti jap tarik nafas.  Ini kisah sabtu lepas 4 Ramadhan sewaktu berbuka di rumah mak.

Hari tu aku bercadang untuk masak di rumah mak.  Dah cakap dengan mak nak masak nasi ayam.  Mak on je. Itu sebabnya aku ke mydin jasin.  Ceritanya ada di entri lepas-lepas.  Memandangkan sabtu tu suami kerja petang kena berangkut barang nak masak ke rumah mak.  Siap-siap kemas semua perkakas dan barang yang mahu dibawa.

Aku perap ayam dari rumah.  Buat dari rumah senang.  Sampai rumah mak terus bakar.  Kali ni buat ayam rosemary.

Itu dia.  Ayam yang sedang dibakar.  Masa ni dah sampai rumah mak.

Sudah siap dimasak.

Inilah hasilnya untuk hari itu.  Nasi ayam rosemary khas dariku.  Dihidang bersama sos cili dan juga sup.  Alhamdulillah.  Seronok bila dapat masak untuk keluarga.

Sekian dulu entri kedua aku untuk pagi ini.

3 comments:

Unknown said...

saya penah letak rosemary, xpenah mkn kut penin la...hahah kuat sgt kut sbb letak yang fresh...kg sgt..haha

adianiez AIDA said...

nasi ayam menu aida berbuka hari ke2 ramadhan :-) senang!

.:fyzz:. said...

nnti fyzz nk wat gak nasi ayam.hari nih nak masak spageti